Bantuan Kewangan Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) Di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

Bantuan Kewangan Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) Di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
SYARAT DAN GARIS PANDUAN UMUM

Bantuan ini merupakan keistimewaan yang diberikan kepada pelajar OKU. Oleh itu, ianya harus dibezakan dengan kemudahan-kemudahan lain yang turut diterima oleh pelajar bukan OKU. Ini bermakna sekiranya seseorang pelajar OKU itu menerima biasiswa atau kemudahan lain yang juga turut dinikmati oleh pelajar bukan OKU, maka pelajar OKU tersebut adalah layak menerima elaun ini.

Elaun khas ini tidak mengambil kira taraf pendapatan sebagai syarat kelayakan.




SKOP PEMBIAYAAN ELAUN KHAS

Skop pembiayaan OKU adalah tertumpu kepada institusi yang terletak dibawah pengurusan dan kawalan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) iaitu semua IPTA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti sahaja;

Skop peringkat pengajian pula adalah tertakluk kepada tafsiran pengajian tinggi (tertiary) iaitu peringkat diploma dan ke atas sahaja. Walau bagaimanapun, kursus peringkat sijil jangka panjang di politeknik dan kolej komuniti yang di bawah tanggungjawab KPT boleh dipertimbangkan untuk bantuan kewangan OKU ini;

Pelajar OKU yang menuntut di institusi-institusi latihan bukan bertaraf IPT yang dikawal oleh kementerian-kementerian lain dan institusi-institusi pengajian tinggi luar negara adalah di luar skop pembiayaan.

TEMPOH PEMBIAYAAN

Tempoh pembiayaan ini adalah tertakluk kepada surat tawaran asal institusi pengajian dan tidak melebihi tempoh maksimum penajaan seperti berikut :

(i)        Sijil                                                    -           2 Tahun (Kolej Komuniti dan Politeknik Sahaja (Had Pembiayaan RM6,200.00 sehingga RM12,400.00))

(ii)       Diploma                                          -           3 Tahun (Had Pembiayaan RM6,200.00 sehingga RM18,600.00)

(iii)      Sarjana Muda                               -           4 Tahun (Had Pembiayaan RM6,200.00 sehingga RM24,800.00)

(iv)      Diploma Lepasan Ijazah           -           2 Tahun (Had Pembiayaan RM6,200.00 sehingga RM12,400.00)

(v)       Sarjana                                           -           2 Tahun (Had Pembiayaan RM6,200.00 sehingga RM12,400.00)

(v)       Ph.D                                                 -           4 Tahun (Had Pembiayaan RM6,200.00 sehingga RM24,800.00)

SYARAT-SYARAT BANTUAN KEWANGAN PELAJAR OKU

i. Pelajar warganegara Malaysia;

ii. Pelajar berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan telah mempunyai kad OKU;

iii. Kursus yang diikuti hendaklah diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

iv. Pelajar OKU yang menerima pinjaman pelajaran atau pembiayaan sendiri adalah layak menerima elemen wangsaku dan yuran pengajian. Penerima biasiswa pula layak mendapat wang saku sahaja;

v. Pelajar hendaklah sedang melanjutkan pengajian di mana-mana universiti awam atau IPTS (bawah seliaan KPT) atau Kolej Komuniti dan Politeknik;

vi. Pelajar yang mengikuti kursus separuh masa atau pengajian jarak jauh layak menerima bantuan kewangan ini;dan

vii. Pelajar OKU hendaklah bukan dalam tempoh cuti belajar bergaji (penuh/sebahagian).

viii.Bagi pelajar yang ingin memohon perlanjutan tempoh pengajian adalah tidak layak mendapat bantuan dalam proses perlanjutan tersebut. Hal ini kerana tempoh tajaan Bantuan kewangan ini adalah mengikut tempoh surat tawaran asal. Pelajar yang ingin menukar tempat pengajian dalam tempoh pembiayaan BKOKU, hendaklah maklum kepada pihak kementerian secara bertulis dan juga kepada pihak institusi pengajian sebelum dari tempoh lapor diri di tempat pengajian baru

KAEDAH BAYARAN

1. Orang Kurang Upaya (OKU)

a. Pelajar Sepenuh Masa (wang saku dan yuran pengajian)

Bantuan meliputi wang saku dan yuran pengajian yang kedua-duanya tidak melebihi RM6,200/setahun atau RM24,800 sepanjang tempoh pengajian berdasarkan pada peringkat pengajian (jika pinjaman pelajaran atau pembiayaan sendiri sahaja). Penerima biasiswa pula hanya layak wang saku sahaja.

Kadar bantuan adalah wang saku RM400/bulan dan bakinya adalah bantuan yuran tertakluk kepada RM6,200 setahun bagi kedua-dua elemen. Sekiranya jumlah wang saku dan yuran pengajian tidak mencapai RM6,200 setahun, lebihan tersebut tidak akan dibayar kepada pelajar dan tidak akan dibawa ke hadapan.

Penetapan kadar bayaran adalah berdasarkan kepada tahun kalendar. Ini bermakna tempoh yang layak adalah bermula dari tuntutan pertama dibuat dalam tahun semasa.

Walau bagaimanapun, pelajar boleh memilih samada untuk bantuan bagi kedua-dua elemen bayaran atau yuran pengajian sahaja dalam tahun tersebut.

Bayaran akan dibuat berdasarkan tarikh tuntutan semasa dan tidak akan dikebelakangkan. Tuntutan untuk semester yang telah berlalu adalah tidak dibenarkan.

b. Pelajar Separuh Masa/Jarak Jauh (yuran pengajian sahaja) :

Bantuan tidak melebihi RM6,200 setahun atau RM24,800 sepanjang tempoh pengajian pada satu peringkat pengajian tertakluk kepada RM6,200 setahun. Penerima biasiswa termasuk yuran pengajian tidak layak menerima bantuan ini.

Bayaran yuran pengajian akan dibuat terus kepada IPT berkenaan pada setiap semester tertakluk kepada invois lengkap yang diterima; dan

Bayaran akan dibuat berdasarkan tarikh tuntutan semasa dan tidak akan dikebelakangkan. Tuntutan untuk semester yang telah berlalu adalah tidak dibenarkan.

2. Program Pendidikan Khas (PPK)

i. Skop pembiayaan PPK adalah tertumpu kepada Kolej Komuniti dan Politeknik terpilih sahaja dari Sijil Kemahiran Khas.

ii. Kadar Bayaran PPK adalah sebanyak :

RM 4,260/Semester 1 sahaja.

RM 3,960/Semester 2 hingga 4.

Post a Comment

0 Comments