"Kisah Group Wasap Kita"
Dalam setiap group wasap, mesti ada watak-watak unik yang buat kita rasa ehhh ni memang geng aku lah ni.
Si Serius – kalau dia menaip macam tengah bagi laporan bulanan.
Si Kaki Melawak – pantang nampak ayat sikit terus buat bahan. Kadang group senyap, dia sendiri reply “krik krik krik”.
Si Tazkirah Bergerak – tiap pagi hantar ayat motivasi, gambar pemandangan dan ucapan “Salam Subuh Indah”. Kita baca insaf sejam, lepas tu insaf hilang.
Si Penasihat Tak Bersijil – kalau ada isu, dialah orang pertama yang bagi cadangan walaupun kadang kita tak minta tapi tetap dia hulur sebab dia sayang.
Si Moody – hari ni senyum, esok marah-marah sebab “kenapa tak reply aku semalam?”.
Si Pemberi Info – semua benda dia update.
Dari harga ayam sampailah segala tarikh cuti umum.
Si CCTV – baca semua mesej tapi tak pernah reply. Tak pernah tinggalkan jejak tapi semua berita dia tau oih.
Si Chipsmore – kejap muncul, kejap ghaib. Tiba-tiba datang, “eh korang nak order daging perap Pak Mat East ni tak?”. Ini bahaya.
Si VVIP – setahun sekali je dia reply. Bila dia muncul, semua rasa macam jumpa artis. Jarang sangat muncul, tapi bila dia reply semua orang bagi perhatian.
Si Mudah Sentap – kalau tak mention nama dia, dia terasa. Kalau mention nama dia lagilah dia terasa.
Si Lemah Lembut – ayatnya sopan walaupun tengah marah: “Kalau tak keberatan, boleh tolong jangan buat saya marah?”.
Si Kuat Merajuk - cakap sikit dah left group tapi petang sikit pm admin "beb, aku nak join group balik". Dia punya left group hampir 10 kali sebulan.
Si Kuat Main Sticker - dia muncul bagi sticker je, pelbagai jenis sticker dia ada koleksi. Sampaikan muka member pun di stickerkan.
Macam-macam ragam sampai kadang kita rasa nak keluar group pun tak jadi sebab takut ketinggalan drama.
Tapi, satu hari nanti kalau salah seorang daripada kita “left group” untuk selamanya, group tu takkan sama lagi. Lawak dia, teguran dia, cerita dia....semua tinggal kenangan.
Masa tu baru kita sedar, kita bukan sekadar ahli group kita keluarga yang tak pernah sedarah tapi kuat ikatannya ❤️
Kredit: shyda
0 Comments