Selepas solat juga, umat Islam digalakkan membaca wirid atau pun zikir memuji Allah serta memohon keampunan daripada Allah.
Wirid ini boleh dibaca secara bersendirian ataupun berjemaah. Untuk bacaan wirid ringkas boleh baca bacaan bertanda (*)
1. Baca Istighfar ( Dibaca 3x ) *
أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ
الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ
وَأَتُوبُ إِلَيْه
“Astagfirullah Hal ‘Adzim Allazi laa ilaha illa, Huwal Hayyul Qoyyum Wa Atuubu illaih”.
Maksudnya : Aku memohon keampunan daripada Allah, Tuhan Yang Maha Agung, tiada Tuhan melainkan Allah. Dia hidup beridir dengan sendirinya, dan aku memohon keampunan daripadanya.
2. Baca Zikir ( Dibaca 3x atau 11x ) *
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ، وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ،
لَهُ الْمُلْكُ، وَلَهُ الْحَمْدُ، يُحْيِي وَيُمِيْتُ,
وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ
“Laa ilaha illallahu Wahdahu Laa Syarii Kalah, Lahul Mulku Walahul Hamdu Yuhyi Wayumitu, Wahuwa ‘Alaa Kulli Syai in Qodiir”.
Maksudnya : Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Tuhan Yang Maha Esa tiada sekutu bagiNya. BagiNya segala kerajaan dan bagiNya segala pujian. Dia Yang menghidupkan dan mematikan. Dialah Yang Maha Kuasa ke atas segala sesuatu.
3. Baca Ayat Berikut ( Dibaca 3x atau 7x ) *
اَللَّهُمَّ أَجِرْنَا مِنَ النَّارِ
“Allahumma Ajirnaa Minannaar”
Maksudnya : Ya Allah, jauhkanlah kami daripada azab neraka.
4. Baca Lafaz Berikut ( Dibaca 1x ) *
اَللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ, وَمِنْكَ السَّلاَمُ, وَإِلَيْكَ يَعُوْدُ السَّلاَمُ,
فَحَيِّنَا رَبَّنَا بِالسَّلاَمِ, وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ دَارَ السَّلاَمِ,
تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ
يَا ذَالْجَلاَلِ وَالْأِ كْرَامِ
“Allahumma Antassalam, Wamin Kassalam, Wa ilaika Ya ‘Uudussalam, Fahayyina Robbana Bissalam, Wa Adkhilnal Jannata Daa Rossalam, Tabarakta Robbana Wata ‘Aalaita Ya Zal Jalaali Wal ikrom”
Maksudnya : Ya Allah, Engkau yang menyelamatkan, daripadaMu keselamatan, kepadaMu kembali keselamatan. Maka hidupkanlah kami wahai Tuhan, dalam keselamatan. Masukkan kami ke syurga, negara keselamatan. Maka sucilah Engkau wahai Tuhan kami, Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.
5. Baca Surah Al-Fatihah ( Dibaca 1x ) *
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِیْمِ
اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعٰلَمِیْنَ (1) الرَّحْمٰنِ الرَّحِیْمِ (2) مٰلِكِ یَوْمِ الدِّیْنِ (3) اِیَّاكَ نَعْبُدُ وَ اِیَّاكَ نَسْتَعِیْنُ (4) اِهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِیْمَ (5) صِرَاطَ الَّذِیْنَ اَنْعَمْتَ عَلَیْهِمْ غَیْرِ الْمَغْضُوْبِ عَلَیْهِمْ وَ لَا الضَّآلِّیْنَ (7)
“Alhamdulillahi Robbil ‘Aalamiin, Arrohmaanir Rohiim, Maaliki Yau Middiin, Iyyaaka Na’budu Wa-iyyaaka Nasta-‘inn, ihdinas Siroothol Mustaqiim, Siroothol Laziina An-‘amta ‘Alaihim Ghoiril Maghdhuubi ‘Alaihim Waladdhoolliin”.
Maksudnya : Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
6. Baca Surah Al-Baqarah Ayat 163 ( Dibaca 1 kali )
وَإِلَـٰهُكُمْ إِلَـٰهٌۭ وَٰحِدٌۭ ۖ لَّآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلرَّحْمَـٰنُ ٱلرَّحِيمُ
“Wa ilaa Hukum ilaahum’ Wahidun Laa ilaaha illa Huwarrohmaanurrohim”
Maksudnya: Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
7. Baca Surah Al-Baqarah Ayat 255 ( Ayat Qursi ) ( Dibaca 1x )
ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلْحَىُّ ٱلْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُۥ سِنَةٌۭ وَلَا نَوْمٌۭ ۚ لَّهُۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَمَا فِى ٱلْأَرْضِ ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشْفَعُ عِندَهُۥٓ إِلَّا بِإِذْنِهِۦ ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىْءٍۢ مِّنْ عِلْمِهِۦٓ إِلَّا بِمَا شَآءَ ۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ ۖ وَلَا يَـُٔودُهُۥ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ ٱلْعَلِىُّ ٱلْعَظِيمُ
“Allaahu Laa ilaaha illaa Huwal Hayyul Qoyyum, Laa Ta‘khudzuhu Sinatun Walaa Naum, Lahu Maa Fissamaawaati Wamaa Fil Ardh, Man Dzal Ladziiyasy Fa ‘u ‘indahu illaa Bi-iznih, Ya’ Lamu Maa Baina Aidiihim Wamaa Kholfahum, Walaa Yuhiithuuna Bisyai in Min ‘ilmihi illaa Bimaa Syaa’, Wasi’a Kursiyuhus Samaawaati Wal Ardh, Walaa Ya Uuduhu Hifzuhumaa Wa Huwal ’Aliyyul ‘Azhiim”
Maksudnya : Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).
8. Baca Surah Al-Baqarah Ayat 285 ( Dibaca 1x )
اٰمَنَ الرَّسُوْلُ بِمَآ اُنْزِلَ اِلَيْهِ مِنْ رَّبِّهٖ وَالْمُؤْمِنُوْنَۗ
كُلٌّ اٰمَنَ بِاللّٰهِ وَمَلٰۤىِٕكَتِهٖ وَكُتُبِهٖ وَرُسُلِهٖۗ
لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ اَحَدٍ مِّنْ رُّسُلِهٖ ۗ وَقَالُوْا سَمِعْنَا وَاَطَعْنَا
غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَاِلَيْكَ الْمَصِيْرُ
“Aamanar Rasuulu Bimaa Unzila ilaihi Min Robbihi Wal Mu’minun, Kullun Aamana Billahi Wamala ikatihi Wakutubihi Warusulihi Laa Nufarriqu Baina Ahadim Mirrusulih, Waqoolu Sami’naa Wa Ato’na Ghufroo Naka Robbana Wa ilaikal Masiir”.
Maksudnya : Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali.
9. Baca Surah Al-Baqarah Ayat 286 ( Dibaca 1x )
لَا يُكَلِّفُ اللّٰهُ نَفْسًا اِلَّا وُسْعَهَا ۗ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَآ اِنْ نَّسِيْنَآ اَوْ اَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَآ اِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهٗ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهٖۚ وَاعْفُ عَنَّاۗ وَاغْفِرْ لَنَاۗ وَارْحَمْنَا ۗ اَنْتَ مَوْلٰىنَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكٰفِرِيْن
“Laa Yukallifullahu Nafsan illa Wus ‘Aha, Lahaa Maa Kasabat Wa ‘Alaiha Maktasabat, Robbanaa Laa Tu-aa Khiznaa Innasiinaa Au Akhto’na, Robbanaa Walaa Tahmil ‘Alainaa isron Kamaa Hamaltahu ‘Alallaziina Min Qoblina, Robbana Walaa Tuhammilna Maa Laa Thooqota Lanaabih, Wa’ Fu ‘Anna Waghfirlanaa Warhamna, Anta Maulaanaa Fansurnaa ‘Alalqaumil Kaafiriin”.
Maksudnya : Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.
10. Baca Surah Al-Imran Ayat 18 ( Dibaca 1x )
شَهِدَ اللّٰهُ اَنَّهٗ لَآ اِلٰهَ اِلَّا هُوَۙ وَالْمَلٰۤىِٕكَةُ وَاُولُوا الْعِلْمِ قَاۤىِٕمًاۢ بِالْقِسْطِۗ لَآ اِلٰهَ اِلَّا هُوَ الْعَزِيْزُ الْحَكِيْمُ
“Syahidallaahu Annahu Laa ilaaha illaa Huwawal Malaa ikatu Wa Ulul ‘ilmi Qoo imam Bilqist, Laa ilaaha illaa Huwal ‘Aziizul Hakiim”.
Maksudnya : Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
11. Baca Surah Al-Imran Ayat 19 ( Dibaca 1x )
إِنَّ ٱلدِّينَ عِندَ ٱللَّهِ ٱلْإِسْلَـٰمُ ۗ
“Innaddiina ‘Indallaahil Islam”
Maksudnya: Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam.
12. Baca Surah Al-Imran Ayat 26 ( Dibaca 1x )
قُلِ اللّٰهُمَّ مٰلِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِى الْمُلْكَ مَنْ تَشَاۤءُ,
وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاۤءُۖ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاۤءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاۤءُ ۗ
بِيَدِكَ الْخَيْرُ ۗ اِنَّكَ عَلٰى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ
“Qulillaahumma Maalikal Mulki Tu’til Mulkaman Tasyaa’, Watanzi-’ul Mulka Mimman Tasyaa’, Watu ‘izzuman Tasyaa’, Watuzillu Mantasyaa’, Biyadikal Khoir, innaka ‘Alaa Kuli Syai’in Qodiir”.
Maksudnya : Katakanlah ( wahai Muhammad ): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
13. Baca Surah Al-Imran Ayat 27 ( Dibaca 1x )
تُوْلِجُ الَّيْلَ فِى النَّهَارِ وَتُوْلِجُ النَّهَارَ فِى الَّيْلِ
وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ
وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاۤءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ
“Tuulijullaila Finnahaari Watuulijunnahaa Rofillail, Watukh Rijulhayya Minal Mayyiti, Watukh Rijul Mayyita Minal Hayyi, Watarzuqu Mantasyaa’u Bighoiri Hisaab”.
Maksudnya : Engkaulah ( wahai Tuhan ) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya.
14. Baca surah Al-Ikhlas ( Dibaca 1x )
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
قُلْ هُوَ اللّٰهُ اَحَدٌۚ, اَللّٰهُ الصَّمَدُۚ, لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُوْلَدْۙ,
وَلَمْ يَكُنْ لَّهٗ كُفُوًا اَحَدٌ
“ Qul Huwallahu Ahad, Allahussomad, Lan Yalid Walam Yuulad, Walam Yakullahu Kufuwan Ahad ”.
Maksudnya: Katakanlah: “Dia-lah Allah Yang Maha Esa”, Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu, Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan, Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia.
15. Baca surah Al-Fatihah ( Dibaca 1x )
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞
ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞
امين
“Alhamdulillahi Robbil ‘Aalamiin, Arrohmaanir Rohiim, Maaliki Yau Middiin, Iyyaaka Na’budu Wa-iyyaaka Nasta-‘inn, ihdinas Siroothol Mustaqiim, Siroothol Laziina An-‘amta ‘Alaihim Ghoiril Maghdhuubi ‘Alaihim Waladdhoolliin”.
Maksudnya : Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan Mentadbirkan Alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan ( hari Akhirat ). Engkaulah sahaja ( Ya Allah ) Yang Kami Sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan ( jalan ) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula ( jalan ) orang-orang yang sesat.
16. Mula bertasbih dengan ucapan berikut ( Dibaca 1x )
إِلَهِى رَبِّىْ سُبْحَانَ ٱللَّهِ @ اِلَهَنَا يَا رَبَّنَا
سُبْحَانَ ٱللَّه
“ Ilahiirabbii Subhaanallah ” @ “ Ilahaana ya rabbana Subhaanallah ”
Maksudnya : Tuhanku, penjagaku Maha Suci Allah.
17. Bertasbih ( Dibaca 33x ) *
سُبْحَانَ ٱللَّهِ
“Subhaanallah”
Maksudnya : Maha Suci Allah.
18. Teruskan dengan bacaan berikut ( Dibaca 1x )
سُبْحَانَ ٱللَّهِ
وَبِحَمْدِهِدَائِمًاقَائِمًاأَبَدًا،
ٱلْحَمْدُلِلّٰهِ
“Subhaanallahi Wabihamdihi Daa-iman Qoo-imann Abada, Alhamdulillah”.
Maksudnya : Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya yang kekal selama-lamanya, Segala puji bagi Allah.
19. Bertahmid ( Dibaca sebanyak 33x ) *
ٱلْحَمْدُلِلّٰهِ
“Alhamdulillah”
Maksudnya : Segala puji bagi Allah
20. Sambung dengan Bacaan Berikut ( Dibaca 1x )
أَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ عَلَى كُلِّ حَالٍ وَنِعْمَةٍ,
اللهُ أَكْبَرُ
“Alhamdulillahi Robbil ‘Aalamin ‘Alaa Kulli Haalin Wafi Kulli Haalin Wani’mah, Allahu Akbar.”
Maksudnya : Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam ke atas setiap keadaan dan dalam setiap keadaan dan nikmat, Allah Maha Besar.
21. Bertakbir ( Dibaca 33x ) *
ٱللّٰهُ أَكْبَرْ
“Allahu Akbar”
Maksudnya : Allah Maha Besar
22. Setelah selesai, seterusnya boleh baca ayat berikut ( Dibaca 1x ) *
ٱللّٰهُ أَكْبَرْ كَبِيْرٱ, وَٱلْحَمْدُ لِلّٰهِ كَثِيْرًا, وَسُبْحَانَ ٱللّٰهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلًا, لَا إِلٰهَ إِلَّا ٱللّٰهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ, لَهُ ٱلْمُلْكُ وَلَهُ ٱلْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيْتُ, وَهُوَ عَلٰى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ, وَإِلَيْهِ ٱلْمَصِيرُ, وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ,
ٱلْعَظِيمِ أَسْتَغْفِرُ اللّٰهَ
“Allahu Akbar Kabiro, Walhamdulillahi Kasiro, Wasubhanallahi Bukrotanw Wa Ashiilaa, Laa ilaaha illallaahu Wahdahu Laa Syariikalah, Lahulmulku Walahul Hamdu Yuhyii Wayumiitu, Wahuwa ‘Alaa Kullisyai-in Qodiir, Wa ilaihilmasiir, Walaa Haula Walaa Quwwata illaa Billaahil ‘Aliyyil ‘Aziim, Astaghfirullaahal ‘Aziim”.
Maksudnya : Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang. Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah Yang Maha Esa, tidak ada bersekutu denganNya sesuatu. Baginya kerajaan, baginya segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan mematikan. Dialah Yang Maha Kuasa ke atas segala sesuatu dan kepada Allah jualah tempat kembali. Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung. Aku mohon keampunan daripada Allah.
SETERUSNYA BOLEHLAH DISAMBUNG DENGAN BACAAN DOA


0 Comments