SYARAT DAN TERMA BAGI SEORANG YANG BERDAFTAR RC

SYARAT DAN TERMA BAGI MENDAFTAR DIRI SEBAGAI AHLI KOMUNITI PTT ZELLO CHANNEL RAKAN COPS PDRM / CHANNEL LEBUHRAYA UTARA SELATAN HENDAKLAH DIBACA DAN DIFAHAMI SEBELUM ANDA MENDAFTAR SEBAGAI AHLI RESMI KAMI:-

1- Ahli Berdaftar Dikehendaki Menggunakan Callsign Resmi RC Bersama Logo Komuniti Apabila Online Berojer. Jika Sekiranya Ahli Berdaftar Mempunyai Lebih Daripada 1 Jentera Berojer, Penggunaan Callsign Asal Dibenarkan. Sila Add Facebook Admin (Yahya A Rahman @ http://www.facebook.com/police131171) Untuk Sahkan Status Pendaftaran. RC Yang Membuat Pendaftaran Tetapi Tidak Disahkan Pendaftarannya Dalam Tempoh 2 Hari / 48 Jam, Keahliannya Secara Lansung Menjadi Terbatal Dan No RC Yang Dimaklumkan Semasa Pendaftaran Awal Juga Dibatalkan.


2- Ahli Berdaftar Dikehendaki Mematuhi Peraturan-Peraturan Channel Iaitu Dilarang Bertanya / Berbual / Berbincang / Memberi Info Berkenaan Apa-Apa Jua Tentang Penugasan Anggota Penguatkuasa Seperti Sjr(Road Block) Atau Operasi-Operasi Mereka. Walau Bagaimana Pon Pertanyaan Atau Perbincangan Berkaitan Undang-Undang Dibenarkan Bertujuan Menambah Pengetahuan.

3- Jika Sekiranya Ahli Berdaftar Tidak Dapat Berojer / Aktif Bagi Tempoh Melebihi Sebulan, Ahli Berdaftar Dikehendaki Memaklumkan Kepada Admin Untuk Makluman Bagi Mengelakkan Daripada Ditarik Keahlian. Definasi Aktif Meliputi Berojer / Aktif Dalam Group Komuniti Fb Bagi Memastikan Rakan-Rakan Sentiasa Alert Dengan Info Dan Aktiviti Komuniti Terkini.

4- Keahlian Rakan Rc Akan Ditarik Balik Tanpa Notis Jika Sekiranya Didapati Melakukan Kesalahan Yang Boleh Menyebabkan Nama Baik Komuniti Tercemar Umpamanya Terlibat Dalam Jenayah, Berojer Dengan Cara Yang Tidak Sihat Atau Tidak Menjaga Tatatusila Berojer. Kami Amat Menitik Beratkan Budi Bahasa Dan Hormat Menghormati Sesama Ahli Komuniti.

5- Rakan2 Berdaftar Dikehendaki Berhenti Berojer Apabila Ada Rakan Yang Meminta Laluan Untuk Bertanyakan Info Atau Memberi Info Kepada Jaluran. Walau Bagaimanapun Apabila Tiada Info Untuk Dikongsi, Sembang-Sembang Kosong Dibenarkan Untuk Merapatkan Silaturahim Antara Rakan Komuniti.

Post a Comment

0 Comments

Ulasan