Masalah Sampah, Mohon Perhatian Rakan Sahabat Dijaluran Yang Berkenaan Dengan Pihak Dinyatakan.

AS salam dan salam sejahtera, saya wakil bagi penduduk Kg Tanjung Aru Baru, Kota Kinabalu, Sabah. terpanggil untuk membawa perkara ke pengetahuan pihak TV3, bagi menyelesaikan masalah SAMPAH SARAP yang semakin teruk di kawasan kami. Untuk makluman, tempat kami tinggal di atas air, dan sampah sarap di datangkan oleh air laut , selain itu juga tiadanya kesedaran sivik penduduk setempat yang membuang sampah sesuka hati membuatkan perkara dan maslah ini semakin tidak dapat di kawal. Dengan sampah sarap yg semakin banyak dan berlonggok terutamanya di kawasan perumahan saya dan rumah di sekeliling mendatangkan pelbagai bau dan penyakit, apa lagi terdapat binatang2 yang telah mati membuatkan kedaan semakin meloyakan. Perkara ini seakan2 tidak ada tindakan langsung dari pihak JKKK kampung ini atau pun mana2 pihak yg berkenaan. Ada pun tindakan yang di buat , berbentuk sementara selepas itu keadaan kembali semula seperti asal. Saya mohon agar pihak TV3 dapat membantu kami warga penduduk di Kampung Tanjung Aru ini bagi menyelseaikan masalah ini dan memberikan harapan agar kehidupan dapat di lalui dengan lebih sihat dan udara yg bersih. Mohon sangat2 pihak TV3 membantu agar pihak2 yg berkenaan membuka mata dan mengambil tindakan segera. Sekian Terima Kasih. wassalam.

Sumber : Group Facebook

Komuniti PTT Zello . Channel : Rakan COPS PDRM
Blog : " http://kpttrakancopspdrm.blogspot.com "
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

Post a Comment

0 Comments

Ulasan