Perkhidmatan i-Akaun KWSP

>>> Kemudahan Yang Disediakan.

a. Menyemak Penyata KWSP tahun terkini dan tahun sebelumnya.

b. Menyemak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran.

c. Menyemak maklumat penamaan.

d. Mengira anggaran jumlah layak untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan.

e. Mengemaskini profil termasuk alamat surat-menyurat.

f. Menyemak transaksi caruman KWSP terkini.

g. Menyemak log aktiviti i-Akaun

>>> Kelayakan untuk Mendaftar i-Akaun.

Ahli KWSP yang mempunyai MyKad dan nombor KWSP yang sah.

>>> Pendaftaran i-Akaun.

Ahli boleh mengunjungi mana-mana Kios atau Kaunter KWSP untuk mendapatkan Kod Pengaktifan i-Akaun dengan menggunakan MyKad. Kemudian, layari laman web KWSP dan klik pada Pengaktifan i-Akaun dalam tempoh 90 hari untuk mengaktifkan i-Akaun anda menggunakan Kod Pengaktifan tersebut.

Maklumat lanjut : http://www.kwsp.gov.my/portal/member/i-akaun-service/m

Komuniti PTT Zello . Channel : Rakan COPS PDRM
Blog : " http://kpttrakancopspdrm.blogspot.com "
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

Post a Comment

0 Comments

Ulasan