MENGENAI GERBANG SMS KERAJAAN MALAYSIA - mySMS 15888

Gerbang SMS Kerajaan mySMS adalah satu usaha yang membolehkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan Kerajaan dengan mudah dan ringkas melalui satu nombor SMS iaitu15888.

OBJEKTIF GERBANG SMS KERAJAAN mySMS

Menyediakan infrastruktur perkhidmatan SMS bagi meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan. Memudahkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan Kerajaan melalui satu nombor SMS yang sama dan Memastikan caj perkhidmatan SMS yang dikenakan kepada pengguna adalah seragam dan munasabah.

JENIS PERKHIDMATAN SMS

Jenis-jenis perkhidmatan yang ditawarkan menerusi SMS termasuklah :

SMS Maklumat di atas permintaan ( Information On Demand ) - Penghantaran maklumat kepada orang ramai yang memohon. Contoh semakan status permohonan lesen, permit dan keputusan peperiksaan

SMS Dokumen di atas permintaan ( Document On Demand ) - Penghantaran dokumen kepada orang ramai yang memohon. Contoh borang permohonan jawatan kosong, tips keselamatan jalanraya dan jadual perjalanan keretapi

SMS Broadcast - Penghantaran SMS hebahan dari agensi Kerajaan kepada orang ramai. Contoh notifikasi tarikh akhir pemulangan borang cukai pendapatan, hebahan maklumat bencana dan notifikasi tamat tarikh lesen memandu SMS Aduan -Penghantaran SMS aduan dari orangramai kepada agensi Kerajaan.

CAJ PERKHIDMATAN SMS

Pengguna akan dikenakan caj apabila menggunakan perkhidmatan SMS. Bentuk caj yang dikenakan adalah :

Caj bagi perkhidmatan yang dipohon oleh pengguna adalah RM 0.35 sen akan ditanggung oleh pengguna seperti pertanyaan status Pemilihan Pelatih Khidmat Negara atau semakan waktu solat dari JAKIM.

Caj bagi perkhidmatan notifikasi dan hebahan oleh agensi Kerajaan adalah RM 0.10 sen akan ditanggung oleh agensi Kerajaan seperti notifikasi tarikh akhir pemulangan borang cukai pendapatan atau pemberitahuan tarikh luput lesen memandu.

Komuniti PTT Zello . Channel : Rakan COPS PDRM
Blog : " http://kpttrakancopspdrm.blogspot.com "
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

Post a Comment

0 Comments

Ulasan