Download

Mencari ...
Setinggi2 penghargaan dan ucapan terima kasih buat semua rakan komuniti yang terus menyokong aktiviti KPTTLUS. terutama sekali buat Rakan Pengurusan Channel LUS & Rakan Moderator Channel LUS selanjutnya SEMUA rakan-rakan yang menggunakan Jaluran / Jaringan PTT Channel Lebuhraya Utara-Selatan. Sekian, Terima Kasih. ( 43650|[LUS]|airbort )
26 July 2013

Lagi Koleksi Tazkirah Ramadhan : Allah SWT, Kita dan Anak Kita !!!.

Allah subhanahu wata'ala berfirman: "Dan Kami turunkan dalam Al Qur'an ayat-ayat yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman…
( QS Al Isra' ( 17 ) : 82 )

Bayangkan... Kita ada anak kecil. Umur 3 tahun. Satu hari. Kita tengah masak di dapur. Si anak ternampak pisau. Merengek-rengek dia menangis. Nakkan pisau jadi mainan. Agak-agak kita bagi ?. Tentu lah tidak, kan. Adakah ini tandanya kita tidak sayangkan anak ?. Bahkan, kerana sayanglah kita enggan berikan. Walaupun di mata anak. Pisau itu 'menyeronokkan'. Tapi kita lebih tahu. Ia merbahaya untuk anak kita. Kita lebih tahu. Anak tidak tahu.

Begitu juga. Kita dengan Allah SWT !!!.

Kita 'merengek' nakkan sesuatu. Tetapi Allah SWT tidak izinkan. Adakah Allah SWT tidak sayangkan kita?. Bahkan, kerana sayanglah. Kemahuan kita tidak diturutkan. Malah diganti dengan yang lebih baik. Kerana apa yang kita mahukan itu. Mungkin kelihatan baik pada pandangan kita. Tapi tidak pada pengetahuan Allah SWT. Allah SWT lebih tahu. Kita tidak tahu.

Allah SWT itu Maha Mengetahui dan Maha Luas Pengetahuan-Nya, maka bersamalah kita perbanyakkan.

Bertasbihlah ( subhanallah ),
Bertahmidlah ( alhamdulillah ) dan
Bertakbirlah ( allahuakbar )
demi  mengagungkan Allah SWT.

SEBARKANLAH tulisan ini agar, damai hati-hati yang membacanya. Redha dgn apa yg diterima dariNya dan Dia tidak menghalang kita berusaha utk mendptkan yang lebih tetapi kalau tidak dapat bersyukur dengan yang ada.

Wallahua'lam, salam tazkirah untuk berpuasa, berbuka, bersahur dan berpuasa semula. InsyaAllah. Amin.

Sumber : Komuniti WhatsApp

Komuniti PTT Zello . Channel : Rakan COPS PDRM
Blog : " http://kpttrakancopspdrm.blogspot.com "
TagLine : " Teruskan Berinformasi Untuk Membenteras Jenayah "

0 komen:

Post a Comment

Terima kasih di atas kesudian anda menaip komen di sini . . .