" Bang SD , Kalau Budak2 Kecik Main Meriam Buluh , Salah Ke Yer ? " - RC124

ROMPIN 9 Ogos - Polis memberi amaran kepada penduduk di negeri ini agar tidak bermain mercun atau meriam buluh pada musim perayaan ini kerana mereka boleh didakwa di mahkamah.
Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Abdul Ghani menegaskan, perbuatan itu bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah membahayakan keselamatan diri sendiri dan orang lain.

Beliau berkata, walaupun tiada laporan diterima di negeri ini setakat ini, polis akan bertindak bagi membanteras kegiatan itu jika ada laporan.
"Polis memandang serius dan kita akan menjalankan operasi bagi memantau kegiatan itu," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia pada majlis berbuka puasa di pekarangan Masjid Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin di sini, semalam.
Sharifuddin memberitahu, mereka yang bermain meriam buluh boleh didakwa mengikut Seksyen 4(2) Akta Bahan Letupan 1957 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara hingga lima tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali.
"Oleh itu, polis tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan tegas ke atas mana-mana pihak dan berharap arahan itu dapat dipatuhi," ujarnya.
Sumber : Utusan Online
Komuniti PTT Zello . Channel : Rakan COPS PDRM
http://kpttrakancopspdrm.blogspot.com

Post a Comment

0 Comments

Ulasan