Komuniti PTT Zello ?

S : Assalamualaikum dik, bang, geng, encik, saudara, bro, tuan ..., boleh saya tumpang tanya sikit ?.
J : Waalaikumussalam ... gapo dio ?. Tanya sikit je tau ...

S : Saya tengok macam LOGO tu ... Logo apa tu ye ?
J : Ohh tu logo rakan2 buat saja pakai.

S : Rakan2 macam mana tu ?
J : Rakan2 Perkongsian Informasi.

S : Perghhh ... Macam mana pulak tu ?
J : Menggunakan perisian percuma bernama "Zello". Lebih kurang macam ni ... Zello ni ialah perisian percuma yang membenarkan komunikasi dua hala secara realtime ( live conversation - kata omputih ). Macam walkie-talkie ... tapi bukan walkie-talkie, tapi PTT.

S : Uhh ... pening tu bang ...
J : Pening ke ... haa rasakan ... PTT tu lebih kurang macam "kek lapis" la ... yang sebenarnya saya pon tak tahu apa PTT tu ... kalau tak silap Persatuan Telinga Tebal ... ehh acah mak enon ... PTT tu singkatan kepada "Push to Talk" ... nak Cakap kena Tekan. Konon2 macam walkie-talkie tapi sebenarnye tak pon.

S : Kira macam geng budak2 radio amatur tu ke ?
J : Ehh tak. Kita "Komuniti PTT Zello".

S : Ooo ... geng2 PTT la ni ?
J : TAK!, kami "Rakan Perkongsian Informasi - Komuniti PTT Zello.

S : Selalu berkumpul ke ? atau selalu lepak mana ?
J : Kami berkumpul di "dunia tanpa sempadan" je. Ada lapang kami buat la Jejak2Kasih. Kenal2 mana yang nak berkenalan. Biasanya kita berinteraksi melalui kemudahan ptt zello dalam channel2 yang kami terlibat.

S : Wahhh ... ada channel la pulak. Channel tu apa ... ?
J : Entah la bang ... saya pon tak tau ni. Ada kawan saya bagitau macam tu. Jadi saya bagitaulah kat abang pulak macam tu. Dia kata channel ni macam Bilik. Bilik A, Bilik B, Bilik C dan memacam lagi.

S : Komuniti ni guna channel apa ?
J : Channel : Lebuhraya Utara-Selatan , Channel : Rakan COPS PDRM

S : Huhhh POLIS pon ada ke ?
J : Jangan kata POLIS, selagi seseorang tu adalah pengguna mana2 telefon pintar ( smartphone ) atau komputer ( windows-pc ) dia boleh guna.

S : Sapa pon boleh ?
J : Boleh. ( Tadi kata nak tanye sikit ... Ni banyak dah ni. Haihhh melampauuu )

S : Tadi abg kata Rakan Perkongsian Informasikan ?
J : Ya ... Kenapa la pull-luck nyerrr ?

S : Perkongsian informasi apa tu ?
J : Macam2 ada ... di Channel : Lebuhraya Utara-Selatan, kita lebih kepada INFO SEPENUHNYA. Contoh, macam info trafik, kemalangan, lencongan, penutupan jalan, tanah runtuh, banjir, pokok tumbang, orang hilang, kenderaan dilarikan dan macam2lah laginye punnn.

S : Lagi2 apa yang dikongsikan ?
J : Aktiviti Pencegahan Jenayah. 

S : Tak faham la bang ... Jenayah apa ?
J : JANGAN SILAP PULL-LUCK, kita berkongsi informasi bagi memudahkan kerja Bro2 Penguatkuasaan Undang2 sahaja. Kita x digalakkan LANGSUNG berangan untuk menjadi HERO. 

S : Jenayah apa ?
J : Choiii ... sabaq la sat nohhh ... apa juga lah jenis jenayahnyer pon. Kenderaan Hilang ka ... Orang Hilang ka ... dan lelain tu lah. Asal x salah untuk dikongsikan sudah. Kita tak pi la menangkap sebab kita bukannye PENGUATKUASA UNDANG2. Sebaliknya kita akan berkongsi informasi kepada rerakan komuniti untuk disebar2kan melalui semua atau mana2 media sosial rerakan masing2 yang berkaitan. Lebih Ramai Lebih Bagusss. Lagi Cepat Laaagi Selamat.

S : Mediaum Elektronik ?
J : Emm ... cam na nak cakap ekk ? ... saya pon belaja tak tinggi ni. Bukan saya tak nak sekolah yang tinggi tu, tapi SEKOLAH yang TINGGI tu , TAK NAK kan saya ni ... JADI PAYAH LAAHHH. MEDIA SOSIAL = "kena tanya pak Google atau Mak Yahoo tu, Kak Youtube pon boleh" - abang buat la carian di laman enjin pencari ( search engine ) - kata kunci - "MEDIA SOSIAL" ... nanti diorang bagitau abg menatang hapekah media sosial itu. Boleh ?

S : Macam2 Info ada yer ? RoadBlock ? Ooo ... roadblock2 ada mana leh ar dapat info ye ? senang la macam tu ... saya nak join boleh tak ?
J : He he he he  he ... Mintak Mahap Bebanyak tu AB-BANG, 24 Jam Sehari, 7 hari Seminggu, Sebarang PERKONGSIAN informasi lokasi RoadBlock ( Sekatan Jalan ), Kamera Had Laju ( Speed Trap Camera ), AES ( Automatic Enforcement System - Sistem Penguatkuasaan Automatik ) DAN ... mana2 juga yang seangkatan dengannye atau yang melibatkan PIHAK PEGAWAI PENGUATKUASAAN UNDANG2 adalah DILARANG SAMA-SEKALI di dalam Jaluran Komuniti PTT Zello, Channel : Lebuhraya Utara-Selatan mahupun Channel : Rakan COPS PDRM.

S : Kenapa ?
J : Join je, pi la ke laman sesawang ZELLO - www.zello.com . Baca apa dia kata nanti paham la tuh. Kenapa yer ? Panjang ceritanya tu ... 

S : Cuba pendekkan ...
J : Paling PENDEK ... " Pergi ke laman BLOG komuniti " ... sana ada cerita. Lebih kurang mintak la halalnye yer.

S : Apa alamat laman BLOG tue ?

S : OK BOSS ... terima kasih bang ye ...
J : Ehh ... tak de hal lah ... nanti JANGAN LUPA JOIN PULAK YER.

S : Insya-ALLAH tu bang tak JANJI ... assalamualaikum.
J : Wa a lai kum sa lam wa rah ma tul la hi wa ba ro ka tuh


Post a Comment

0 Comments

Ulasan