Carian Kisah Adi Putera / Adi Putra - Kanak-Kanak Pintar ... ( Saja Kongsikan ! )

Asal mula carian adalah "adi putera", tapi Pelakon Hensem tu pulak yang keluar. Rupa2nya ... Adi Putera tu terkenal ekk ?. Cuba kata kunci kedua, "Adi Putra", Choiii ... tetap hasilyang sama. Lastly, cuba kata kunci carian "adi putra kanak2 pintar". Alhamdulillah, baru jumpe ... so kat bawah ni adalah jugak dikongsikan bebudak pintar yang dikongsikan orang ... ( orang kongsi dia pon nak kongsi ... haihhh ... jadi payah lahhh ).

Jempotla baca yer ... x nak pon x apa ...


Ainan Celeste Cawley : 
Orang paling muda lulus subjek Kimia dalam peperiksaan GCE peringkat 'O' pada usia tujuh tahun dan Fizik pada umur sembilan tahun. Ainan kini 13 tahun dan pelajar program Ijazah Peralihan di Universiti Taylor di Kuala Lumpur. Bapanya, Encik Valentine Cawley, warga Ireland, sementara ibunya, Cik Syahidah Osman, warga Singapura.

Henry Park, Anthony Yip :
Murid Sekolah Rendah lulus A* bagi dua kertas Matematik GCE 'O' tahun lalu pada usia sembilan tahun. Bapanya, Dr Kevin Yip, doktor bedah ortopedik, dan ibunya, Dr Joanna Lin, pakar onkologi (barah). Abang dan kakaknya, Bryan dan Michelle, berusia 14 dan 12 tahun semasa mereka menduduki peperiksaan GCE 'O' pada 2007, dan lulus dengan 15 kepujian.

Sufiah Yusof : 
Diterima masuk Universiti Oxford dalam bidang matematik pada usia 13 tahun. Beliau mendapat perhatian apabila beliau lari dari rumah, dan kemudian dilaporkan menjadi pelacur. Adiknya, Iskander, tamat pengajian di Universiti Warwick pada usia 15 tahun. Seorang lagi, Zukeila, orang paling muda menduduki peperiksaan GCE 'A' pada usia tujuh tahun. Mereka dididik di rumah oleh ibu bapa mereka, Encik Farooq, seorang penyelidik asal Pakistan, dan ibunya, Cik Halimahton, seorang ahli sains kimia asal Malaysia.


Post a Comment

0 Comments

Ulasan