Penamatan "Pendaftaran Rakan Rasmi KPTTLUS" - Berkuatkuasa SERTA MERTA.

Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia ...

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Proses Pendaftaran Rakan Rasmi KPTTLUS sepertimana sebelum ini DITAMATKAN serta merta mulai hari ini - 02 / April / 2013.

Ini kerana memberi laluan kepada proses-proses kerjasama untuk menambahbaikkan jalinan kerjasama antara Channel : Lebuhraya Utara-Selatan dan Channel : Rakan COPS PDRM yang telah sekian lama terjalin.

Sehubungan dengan itu, semua penggunaan CallSign |[LUS]| akan dimansuhkan sepenuhnya. Jasa baik rakan2 terdahulu atau yang akan datang untuk melakukan isian Borang Online terbaharu di laman sesawang Komuniti PTT Zello, Channel : Rakan COPS PDRM ( http://kpttrakancopspdrm.blogspot.com ).

Bagi rakan2 Moderator Channel : Lebuhraya Utara-Selatan, "pedang" akan diberi kepada setiap 2 signboard. Signboard "asal" dan Signboard RCXXX. ( Diulangi, SEMUA CallSign |[LUS]| ditamatkan SEPENUHNYA ).

Sebarang maklumbalas boleh terus berhubung melalui SEMUA medium pengantaraan, Email, Blog, Facebook dan Twitter.

Sekian, mohon ampun dan maaf sekiranya perubahan ini menambahkan kesusahan semua rakan2 KPTTLUS. Walaubagaimanapun, semoga dengan perubahan ini, pengurusan channel akan lebih bertambah baik dari semasa ke semasa - InsyaAllah.

"Setiap hari itu adalah tempoh pembelajaran, setiap manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Kita tidak dilahirkan dengan terus pandai berlari ... sebaliknya dilatih dengan mengesot, merangkak, bertatih, berjalan dan barulah berlari ... walau kini kita pandai berlari ... tiada jaminan kita tak akan jatuh ... ".

Semoga pembelajaran kita ini dirahmati dan diterima semua golongan dan lapisan masyarakat yang menggunakan Jaluran2 Komuniti PTT Zello ( Channel : Lebuhraya Utara-Selatan dan Channel : Rakan COPS PDRM ) khasnya.

Akhirkalam, harap ampun dan maaf dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki andaikata tindakan ini menyusahkan. terima kasih berjuta2 lemon, andai menyokong perkembangan terbaru ini. Segala yang baik itu dari DIA, dan kekurangan itu dari kita2 semua.

Wallahua'lam. Sekian.




Post a Comment

0 Comments

Ulasan