Callsign Rakan Rasmi - [ PDRM ] / [ AWAM ] ...

Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia ...

" Kenapa terdapat perbezaan dalam callsign-callsign rakan rasmi di channel rakan cops pdrm ? dan kenapa ? "

1. RCXXX|[PDRM]|CallSign,
2. RCXXX|[AWAM]|CallSign dan
3. lain-lain callsign.

Anggota PDRM
Orang Awam dan
Pelbagai.

[PDRM], hanya dibenarkan penggunaannya kepada Anggota PDRM Rasmi sahaja, dimana Nombor Keanggotaan akan diminta untuk semakan.

Siapa yang akan membuat semakan ?,
Callsign RC001|[PDRM]|SiLent_DaD akan buat pengesahan Keanggotaan untuk mempastikan keanggotaan.

Kenapa ?,
Aktiviti penyamaran adalah sangat dititikberatkan. Terlalu banyak kemungkinan dirasakan akan wujud apabila penggunaan ptt disalahgunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Bagaimana ?,
Disebabkan tidak semua rakyat malaysia menggunakan ptt, ditambah pula segelintir sahaja yang menyertai jaluran rakancops versi zello, terdapat kemungkinan penyamaran berlaku terhadap orang awam walau dimana sahaja melalui penggunaan ptt.
( Salah satu kerisauan, namun masih ada pelbagai lagi yang juga difikirkan ).

TAK FAHAM ?
" Mesti wujud manusia poyo, yang berlakon dan berkomunikasi cara radio ( konon2 dia anggota keselamatan kerajaan ) bertindak mengaburi mata mangsa dengan seribu satu niat - dalam kes ini, KAMI RISAUKAN KEMUNGKINAN AKTIVITI PEMANGSA DENGAN NIAT YANG TIDAK BAIK !!!... ". Sebelum berlaku, adalah baik pengenalan diri dikenalpasti terlebih dahulu.

[AWAM], bermaksud orang awam. Termasuklah tentera, rela, sukarelawan polis, orang biasa dan juga anggota polis. PENING ?, tidak semua anggota mahu mempamerkan pengenalan diri maka jadilah sekelian mereka orang awam. Walaubagaimanapun, mereka lebih mengetahui kenapa ?.
ANGGOTA YANG MENJADI AWAM TIDAKLAH KAMI RISAUKAN. TETAPI JIKA ORANG AWAM MENYAMAR ANGGOTA ADALAH AMAT KAMI TIDAK SETUJU.

PELBAGAI, bermaksud callsign-callsign selain yang callsign rasmi rakancops versi zello.
Penggunaan callsign rasmi BUKAN SATU KEWAJIPAN ! dan TIADA PAKSAAN.
Walaupun demikian, andainya anda konsisten di dalam jaluran channel adalah digalakkan guna callsign rasmi sebagai tanda sokongan padu anda  ( lebih-lebih lagi yang rajin "beroger" ).

" JASA BAIK ANDA AMATLAH KAMI ALU-ALUKAN. JANGAN BUAT ONAR DI CHANNEL SENDIRI APATAH LAGI CHANNEL ORANG LAIN SEMASA MENGGUNAKAN CALLSIGN RASMI SEBAGAI TANDA ANDA MENGHORMATI ".

Maklumat dan penjelasan lanjut boleh hubungi mana-mana Rakan Moderator Channel : Rakan COPS PDRM ( lebih-lebih lagi 'Tuan Tanah - RC001|[PDRM]|SiLent_DaD' ).

Wallahua'lam.

Komuniti PTT Zello . Channel : Rakan COPS PDRM
http://kpttrakancopspdrm.blogspot.com

Post a Comment

0 Comments

Ulasan