Download

Mencari ...
Setinggi2 penghargaan dan ucapan terima kasih buat semua rakan komuniti yang terus menyokong aktiviti KPTTLUS. terutama sekali buat Rakan Pengurusan Channel LUS & Rakan Moderator Channel LUS selanjutnya SEMUA rakan-rakan yang menggunakan Jaluran / Jaringan PTT Channel Lebuhraya Utara-Selatan. Sekian, Terima Kasih. ( 43650|[LUS]|airbort )
06 February 2013

Dua beradik ditemui semula

KLANG: Dua remaja perempuan yang dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas waktu persekolahan di Pandamaran Jaya, di sini, sejak 30 Januari lalu ditemui hari ini, namun mereka enggan pulang ke rumah.

Difahamkan, kedua-dua remaja terbabit tidak mahu pulang kerana bimbang dimarahi ayah mereka yang garang dan tegas terutama selepas kedua-duanya, Poh Choo, 15, dan Poh Fong, 13, dikatakan mempunyai masalah disiplin di sekolah.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusof berkata, dua beradik terbabit ditemui di satu kawasan rumah kedai di Taman Sentosa kira-kira jam 2 petang tadi.

Beliau berkata, kedua-dua remaja terbabit ditemui seorang lelaki yang kebetulan melalui kawasan itu lalu menghubungi polis.

Katanya, ketika ditemui, mereka masih berpakaian seragam sukan sekolah dan berjalan berdua serta dipercayai menetap di rumah rakan lelaki Poh Choo yang juga seorang warga asing.

"Selepas membawa mereka ke balai, polis bertanyakan sama ada mahu pulang atau tidak, namun kedua-duanya menjawab tidak mahu menyebabkan kita kini menjalankan siasatan terperinci mengenai keengganan mereka pulang ke rumah kerana dikhuatiri berlaku sesuatu yang tidak disukai mereka.

"Mereka sudah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi mendapatkan rawatan lanjut bagi mengesan sama ada mereka mengalami kecederaan atau tidak," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan, hari ini.

Mohamad berkata, polis juga masih menjalankan siasatan mengenai kebenaran wujudnya lelaki dipercayai rakan Poh Choo dan gerakan mengesannya sedang dijalankan.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati rakan kedua-dua remaja terbabit ternampak mereka berada di sekolah Jumaat lalu namun tidak pulang ke rumah selepas tamat persekolahan.

Hari ini Harian Metro melaporkan dua beradik, Poh Choo, 15, dan Poh Fong, 13, dikhuatiri diculik selepas tidak pulang ke rumah sejak Rabu lalu.

Kedua-dua beradik terbabit telah keluar rumah pada jam 12 tengah hari untuk ke sekolah dan tidak pulang ke rumah selepas jam 7 petang seperti kebiasaannya.

0 komen:

Post a Comment

Terima kasih di atas kesudian anda menaip komen di sini . . .