Kisah Terdahulu Mengenai Kononnye Pesawat / Kapalterbang AirAsia Terhempas ... Ini dulu !!! Tapi hari ini datang lagi satu katanya di sempadan Malaysia-Thailand ! Betul ke ? ... Nanti Kita Update Lain OK ?

SEBAR CERITA PALSU MENGENAI PESAWAT TERHEMPAS: AIRASIA AKAN AMBIL TINDAKAN

Salam 2 all,

Semalam tersebar satu cerita ataupun khabar angin yang bertiup kencang di laman Tweeter dan FB mengenai sebuah pesawat milik syarikat tambang murah negara AirAsia terhempas di KLIA menyebabkan beberapa kemalangan jiwa.

Huru-hara jugalah pada mulanya kerana ramai yang terkejut dengan berita palsu tersebut.Ternyata ia adalah satu khabar angin bilamana dengan serta merta syarikat penerbangan terbabit menafikan cerita tersebut dan hari ini secara rasminya mereka telah membuat laporan polis hari ini.

Apalah nak jadi dengan manusia ini , direkanya cerita palsu mungkin untuk menaikkan hits atau traffiknya tanpa memikirkan natijah yang akan menimpa akibat dari cerita yang tak betul itu.Carilah idea lain.

Untuk mengetahui siapakah yang menyebarkan cerita ini sila klik disini.

Dibawah disertakan petikan berita terkini dari Utusan Malaysia:
Dakwaan palsu: AirAsia buat laporan polis dan SKMM

KUALA LUMPUR 16 Mac – AirAsia hari ini menasihati orang ramai supaya mengenepikan pesanan bersifat hasad dengki yang tersebar di dalam Twitter, Facebook atau melalui rantaian SMS, yang membuat dakwaan palsu bahawa salah satu penerbangannya (yang disifatkan sebagai AK5154 atau AK5145) telah terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching atau di KLIA pada Ahad.
"Kami telah melaporkan mengenai pengedaran pesanan itu kepada polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), kerana ia menyebabkan kecemasan yang tidak sepatutnya di kalangan orang ramai dan gangguan kepada operasi kami," kata syarikat penerbangan tambang murah itu di dalam satu kenyataan di sini hari ini.
AirAsia berkata, ia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang yang tegas dan memulakan tindakan sivil atau jenayah terhadap individu atau kumpulan yang menyebar pesanan yang salah dan berhasad dengki berkaitan syarikat itu, khususnya berkaitan keselamatan.
"Bagi mengelak diheret ke mahkamah, kami menasihati mana-mana orang dari mereka, menyebarkan, mengulangi, dan/atau mengedar maklumat yang dia sedari salah atau memfitnah AirAsia," katanya.
Syarikat penerbangan itu menasihati orang ramai supaya merujuk rangkaian komunikasi rasmi AirAsia jika mereka mempunyai pertanyaan berkaitan operasinya melalui facebook.com/airasia, twitter.com/airasia, airasia.com/ask atau pusat panggilannya di 600 85 9999 (talian premium). – Bernama
Terima kasih kerana sudi memberikan komen anda di sini. Selamat berkerjasama. Hati-hati memandu & Selamat Memandu.

Post a Comment

0 Comments

Ulasan