Download

Mencari ...
Setinggi2 penghargaan dan ucapan terima kasih buat semua rakan komuniti yang terus menyokong aktiviti KPTTLUS. terutama sekali buat Rakan Pengurusan Channel LUS & Rakan Moderator Channel LUS selanjutnya SEMUA rakan-rakan yang menggunakan Jaluran / Jaringan PTT Channel Lebuhraya Utara-Selatan. Sekian, Terima Kasih. ( 43650|[LUS]|airbort )
20 December 2012

PLUS tawar rebat 20 peratus sempena Krismas 2012

KUALA LUMPUR 20 Dis. - Pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) yang membayar tol secara elektronik akan menikmati rebat tol sebanyak 20 peratus sempena cuti perayaan Hari Krismas Selasa ini.

Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad, Mohammad Fuad Khusairi berkata pemberian rebat itu merupakan satu daripada langkah PLUS meraikan sambutan Hari Natal dan sebahagian daripada strategi syarikat untuk mengagihkan trafik serta menggalakkan orang ramai bergerak pada hari bukan puncak.

"Pengguna yang membayar tol menggunakan sistem elektronik seperti kad PLUSMiles, kad Touch n Go dan SmartTag akan menikmati rebat tersebut, rebat tol ini boleh dinikmati sepanjang hari serta tidak terhad pada tempoh masa tertentu sahaja," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. - BERNAMA
Komuniti PTT Lebuhraya Utara-Selatan ( KPTTLUS )
> > > www.kpttlus.blogspot.com < < <
Status : InfoChannel - ( Borak Kosong DILARANG ).
Peringatan : TIADA Sebarang Informasi Sekatan Jalanraya ( Roadblock ), Perangkap Had Laju ( Speedtrap ) atau Seumpama Dengannya ( Termasuk sebarang KataGanti atau KodRahsia ).
Nota : Anda akan DISINGKIRKAN dari jaluran TANPA NOTIS !!!. Harap Maklum & Selamat Bekerjasama.

0 komen:

Post a Comment

Terima kasih di atas kesudian anda menaip komen di sini . . .