Download

Mencari ...
Setinggi2 penghargaan dan ucapan terima kasih buat semua rakan komuniti yang terus menyokong aktiviti KPTTLUS. terutama sekali buat Rakan Pengurusan Channel LUS & Rakan Moderator Channel LUS selanjutnya SEMUA rakan-rakan yang menggunakan Jaluran / Jaringan PTT Channel Lebuhraya Utara-Selatan. Sekian, Terima Kasih. ( 43650|[LUS]|airbort )
12 December 2012

Koleksi Mutiara-Mutiara Kata ( 69 )

Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.

Orang mulia menyalahkan dirinya, orang bodoh menyalahkan orang lain

Usah sangka apa yang belum kita miliki janji pada kebahagiaan kita. Ada kalanya setelah kita miliki itulah punca masalah kita. Jangan sangka semua yang cerah kekal cerah sampai bila-bila, ada kalanya menjadi hitam dan menyusahkan

Selalu kita menyangka yang di tangan orang indah dan menawan; apa yang di tangan sendiri sentiasa kelam. Selalu kita meletakkan impian yang muluk-muluk pada kepunyaan orang sedangkan orang turut terliur dengan apa yang kita miliki

Kata-kata yang diucapkan sembarangan dapat mewujudkan perselisihan. Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan. Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan. Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan dan memberkati.

Menyimpang seinci, rugi seribu batu. Peribahasa Cina

Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

Seburuk-buruk buta adalah buta hati.

Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak perkara lebih baik dari tidak suka mengambil tahu walaupun satu perkara

Batu yang bergerak tidak bisa ditumbuhi tanaman.


Komuniti PTT Lebuhraya Utara-Selatan ( KPTTLUS )
> > > www.kpttlus.blogspot.com < < <
Status : InfoChannel - ( Borak Kosong DILARANG ).
Peringatan : TIADA Sebarang Informasi Sekatan Jalanraya ( Roadblock ), Perangkap Had Laju ( Speedtrap ) atau Seumpama Dengannya ( Termasuk sebarang KataGanti atau KodRahsia ).
Nota : Anda akan DISINGKIRKAN dari jaluran TANPA NOTIS !!!. Harap Maklum & Selamat Bekerjasama.

0 komen:

Post a Comment

Terima kasih di atas kesudian anda menaip komen di sini . . .