Koleksi Mutiara-Mutiara Kata ( 20 )

Orang yang gagal adalah orang yang tidak mampu mengurus masalah.Hanya manusia yang mampu mengurus masalah sahaja yang boleh berjaya.

Orang yang berjaya juga mampu menimbulkan perasaan kagum serta takjub orang lain kerana kejayaan dan kehebatannya

Orang yang berjaya tidak hidup di pinggir peristiwa, bukan orang yang kosong tanpa nilai dan bukan orang yang hanya menjadi pelengkap

Sayidina Ali menyatakan Kalau engkau ingin menjadi raja, maka pakailah sifat qonaah (puas). Kalau engkau ingin syurga dunia sebelum syurga akhirat, pakailah budi pekerja yang mulia.
Antara akhlak orang yang berjaya adalah optimis dan tidak berputus asa, mampu memperbaiki kesalahannya dan keluar daripada krisis serta mengubah kerugian menjadi keuntungan

Baik kaya adalah kaya hati, sebaik-baik bekal adalah takwa, seburuk-buruk buta adalah buta hati dan sebesar-besar dosa adalah berdusta

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.( Hamka).

Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. (Home)
Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.

Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan. (Surah al-Hajj:77)

Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sahajalah tempat meminta pertolongan (Surah Yusuf:18)

Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.


Komuniti PTT Lebuhraya Utara-Selatan ( KPTTLUS )
> > > www.kpttlus.blogspot.com < < <
Status : InfoChannel - ( Borak Kosong DILARANG ).
Peringatan : TIADA Sebarang Informasi Sekatan Jalanraya ( Roadblock ), Perangkap Had Laju ( Speedtrap ) atau Seumpama Dengannya ( Termasuk sebarang KataGanti atau KodRahsia ).
Nota : Anda akan DISINGKIRKAN dari jaluran TANPA NOTIS !!!. Harap Maklum & Selamat Bekerjasama.

Post a Comment

0 Comments

Ulasan