Kerjasama : Sumbangan Penghasilan Logo KPTTLUS yang BARU untuk tahun mendatang Tahun 2013 diperlukan SEGERA.

Assalamualaikum wbt dan Salam 1Malaysia...

Adakah anda seorang yang mahir di dalam penghasilan logo-logo komuniti, kelab, persatuan atau pun logo-logo syarikat ?

Sekiranya TIDAK, sila abaikan post ini. Jika sebaliknya, sila teruskan membaca. Terima kasih.

Untuk pengetahuan anda, tahun baru 2013 akan muncul tidak lama lagi. Untuk tujuan itu, KPTTLUS berhasrat menggunakan LOGO dengan design / rekacipta yang baharu untung menggantikan logo sedia ada sumbangan rakan kerjasama PERCUMA saudara Mohd. Azfar Sudin ( www.artdesign4u.wordpress.com ).

Sekiranya terdapat mana-mana Rakan Komuniti KPTTLUS ( Berinteraksi Menggunakan Suara atau Sebaliknya atau Kedua-duanya ) berhasrat menyumbangkan rekacipta ( design ) Logo Terbaru untuk KPTTLUS, ciri-ciri logo tersebut adalah sepertimana yang berikut :-

01. Hanya menggunakan 3 ( tiga ) warna sahaja.

02. Terpamer maksud KPTTLUS adalah Komuniti yang menggunakan Aktiviti PTT ( Push to Talk ).

03. Terpamer maksud KPTTLUS adalah Pengguna Perisian Zello ( yang dimuat-turun di www.zello.com ).

04. Terpamer maksud KPTTLUS adalah Rakan Komuniti pengantara Lebuhraya Utara-Selatan, Malaysia dengan pengguna Telefon Pintar + Semua Gadget yang sepadan dengannya.

05. Dihasilkan menggunakan Perisian Adobe Illustrator, Adobe Photoshope, CorelDraw ( atau mana-mana perisian daripada keluarga Corel ).

06. Disiapkan sebelum penghujung Bulan Januari 2013 ( paling lewat ) atau sebelum penghujung tahun 2012 ( sebaik-baiknya ).

07. KPTTLUS ( setakat ini ) adalah komuniti BEBAS IKLAN PERNIAGAAN, namun sebarang Track Perniagaan adalah dibenarkan. Bermaksud, kepada mana-mana penyumbang Logo akan di"paku"kan perkhidmatan mereka di BlogKomuniti KPTTLUS selagi mana KPTTLUS mampu bertahan.

08. Tiada sebarang BAYARAN secara Tunai / Cek / atau apa juga medium pembayaran akan dibuat kepada anda.

Ini kerana KPTTLUS juga TIDAK dibayar DAN tidak pula MEMINTA untuk sebarang bayaran di dalam Perkhidmatan Komunikasi Jaringan / Jaluran PTT Zello ( Channel : Lebuhraya Utara-Selatan ).

* - Ikhlas Itu Tanda Pahala Jariah. Jariah Itu Lampu. Lampu Itu Kita Perlukan Bila Gelap. Bukan Gelap Alam Nyata Yang Kita Cerita, tapi Alam Yang Berikutnya.

* Special message for Muslim N Sorry for the Others.

Sekiranya anda TIDAK juga SUDI...kini tibalah anda pula ABAIKAN post ini...uwaaa uwaaa uwaaa ( uhh sedihnya x ada yang sudi - kessiann... )

Sekian.


Komuniti PTT Lebuhraya Utara-Selatan ( KPTTLUS )
> > > www.kpttlus.blogspot.com < < <
Status : InfoChannel - ( Borak Kosong DILARANG ).
Peringatan : TIADA Sebarang Informasi Sekatan Jalanraya ( Roadblock ), Perangkap Had Laju ( Speedtrap ) atau Seumpama Dengannya ( Termasuk sebarang KataGanti atau KodRahsia ).
Nota : Anda akan DISINGKIRKAN dari jaluran TANPA NOTIS !!!. Harap Maklum & Selamat Bekerjasama.

Post a Comment

0 Comments

Ulasan