4 penganggur ganas

Oleh Zaitie Satibi
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Selepas lebih sebulan aktif, sekumpulan perompak dianggotai penganggur bersenjatakan pistol dan parang yang mensasarkan premis 24 jam di sekitar ibu negara dan Selangor akhirnya diberkas sepasukan Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh, berkata empat lelaki berusia 26 hingga 30 tahun ditahan di Taman Maluri Cheras, di sini, kira-kira jam 4.30 petang, 7 September lalu, hasil risikan dan intipan pasukan D9 susulan laporan 12 kes samun membabitkan kedai menjual video cakera padat digital (DVD) dan pusat Internet.


Menurutnya, dalam kejadian samun terbaru pada 26 Ogos lalu, seorang pekerja kedai DVD di Taman Sri Rampai, Setapak, terpaksa menyerahkan wang RM630, telefon bimbit dan walkie-talkie kepada kumpulan terbabit selepas diacu pistol.

Katanya, mangsa mengadu premis tempat kerjanya itu sudah beberapa kali disamun kumpulan sama sebelum dia yang trauma membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju.


"Sejak Ogos lalu, sebanyak 12 kes samun bersenjata pistol dan parang dilaporkan di Setapak dan Cheras serta Kajang dan Ampang sehingga menimbulkan kebimbangan di kalangan pengusaha premis.


"Susulan itu, polis menubuhkan pasukan khas menjejak kumpulan perompak ini yang dikesan melakukan jenayah terbabit berdasarkan modus operandi yang sama," katanya pada sidang media, di sini, semalam.
Komuniti PTT Lebuhraya Utara-Selatan ( KPTTLUS )
> > > www.kpttlus.blogspot.com < < <
Status : InfoChannel - ( Borak Kosong DILARANG ).
Peringatan : TIADA Sebarang Informasi Sekatan Jalanraya ( Roadblock ), Perangkap Had Laju ( Speedtrap ) atau Seumpama Dengannya ( Termasuk sebarang KataGanti atau KodRahsia ).
Nota : Anda akan DISINGKIRKAN dari jaluran TANPA NOTIS !!!. Harap Maklum & Selamat Bekerjasama.

Post a Comment

0 Comments

Ulasan