SEFT® - Spiritual Emotional Freedom Technique Healing + Happiness + Success + Greatness

The Science Of Prayer & Spirituality

Secara tradisional, science dan spirituality lebih sering bententangan daripada sebenar. Kajian pertama tentang peranan spiritualiti terhadap kesihatan dilakukan pada tahun 1872 oleh Francis Galton, saudara sepupu dari bapa teori evolusi, Charles Darwin. Kajian klasik ini akhirnya berkesimpulan bahawa doa tidak berpengaruh pada umur orang yang berdoa maupun yang didoakan. Tetapi, ini adalah teori yang sudah ketinggalan zaman, kerana menurut pakar kajian kontemporer tentang doa dan spiritualiti, Bob Barth, penelitian ini tidak menggunakan standard ilmiah penelitian moden.

The Office of Prayer Research, satu lembaga yang didirikan The Parliament of The World's Religions pada bulan Julai 2004 telah mendokumentasikan dan me-review lebih dari 500 kajian tentang doa sejak penelitian Francis Galton di tahun 1872. Hasilnya, terdapat banyak bukti ilmiah yang mengatakan bahawa doa dan spiritualiti memang berpengaruh terhadap kesihatan, berikut terjemahan kutipan dari tiga topik ceramah Dr. Larry Dossey, MD. :
Dalam sejarah dunia kedokteran, penyakit dilihat sebagai masalah "fisik". Timbulnya penyakit disebabkan oleh tidak berfungsinya atom, molekul, sel, atau organ tubuh, secara normal. Tubuh, fikiran dan jiwa dilihat sebagai sesuatu yang terpisah.

Tetapi, bukti-bukti ilmiah, mengatakan bahawa bahkan pada penyakit yang umum sekalipun, kondisi fikiran, emosi, sikap, kesedaran, dan doa-doa yang dipanjatkan oleh atau untuk pesakit sangat berpengaruh bagi kesembuhannya.

Kesimpulan ini bukan berdasarkan spekulasi filosofis, bukan pula berdasarkan sesuatu yang bersifat mistik, atau keyakinan religius, tetapi telah dibuktikan dalam prosedur penelitian ilmiah yang menjadi jambatan antara dunia sains dan spiritual.

Larry Dossey MD., adalah seorang doktor perubatan dalam yang melakukan penelitian ekstensif tentang kesan doa terhadap kesembuhan pesakit. Penelitian yang sempat menggoncang dunia kedoktoran barat ini dijelaskan secara terperinci dan meyakinkan dalam bukunya The Healing Words: The Power of Prayer and The Practice of Medicine.

Inti pesanan yang ingin disampaikan oleh doktor Dossey adalah bahawa doa dan spiritualiti, terbukti dalam penelitian ilmiah, ternyata memiliki kekuatan yang sama besar dengan pengubatan dan pembedahan.

Sejak bukunya ini diterbitkan pada tahun 1994, kuliah "Peranan Doa dan Religius dalam Penyembuhan" diajarkan di 80 fakulti kedoktoran di Amerika.

.
Komuniti PTT Lebuhraya Utara-Selatan ( KPTTLUS )
> > > www.kpttlus.blogspot.com < < <
Status : InfoChannel - ( Borak Kosong DILARANG ).
Peringatan : TIADA Sebarang Informasi Sekatan Jalanraya ( Roadblock ), Perangkap Had Laju ( Speedtrap ) atau Seumpama Dengannya ( Termasuk sebarang KataGanti atau KodRahsia ).
Nota : Anda akan DISINGKIRKAN dari jaluran TANPA NOTIS !!!. Harap Maklum & Selamat Bekerjasama.

Post a Comment

0 Comments

Ulasan