Mungkinkah ini akan berlaku di Komuniti PTT Zello, Channel : Lebuhraya Utara-Selatan ?

Assalamualaikum wbt dan Salam 1Malaysia ...

Diam tak diam dah hampir 2 tahun kita sama-sama berkongsi info. Info Kemalangan, Penutupan Jalan, Lencongan, Orang Hilang, Kenderaan Hilang, Cuaca Negeri, Paras Air Sungai ( Banjir ) dan lain-lain...

Timbul satu idea dari seorang sahabat Rakan Pengurusan Channel. Cadangan untuk mempraktiskan cara komunikasi ... dari Cakap Cara Pasar Lambak kepada Etika BerPTT Yang BETUL.

Namun . . . sehari ke sehari ... masih lagi gagal ... kenapa GAGAL ? ... 

Capaian Pengguna kini sudah pun melepasi angka 20,000 pengguna. Bermakna ... bermacam-macam perilaku, tingkahlaku dan perangai yang sama-sama kita tempuh. Walaupun demikian ... hasrat TuanTanah untuk mendapatkan MODERATOR yang mewakili setiap negeri masih lagi tidak mencapai peratusan yang baik....

Adakah di antara kita sudi memperkenalkan rakan-rakan yang berkualiti untuk diserap ke Status : Channel Moderator. Sehingga kini ... MODERATOR sedia ada sendiri agak malu-malu memperkenalkan rakan-rakan.

Terima kasih buat Abg DVT Kechubong kerana memperkenalkan MODERATOR berkualiti BSE Lan3 + TS Wanas ... begitu juga buat Abg 8888 JJ yang memperkenalkan QueSamurai + Neo_Dodge ... tidak dilupakan buat SPT.Penang.MY yang memperkenalkan yang lain-lain ...

Semoga ... Rakan-Rakan Penampan Channel : Lebuhraya Utara-Selatan ( Channel Moderator ) akan bertambah ke angka 30 ( minima ) atau 36 ( maksima ) orang. Semoga Channel : Lebuhraya Utara-Selatan mampu menjadi medium perkongsian informasi yang berkesan disamping mengekalkan budaya yang berhemah.

Walau terdapat beberapa channel yang mengenakan bayaran untuk berada di dalam jaluran, kami warga-warga Pengurusan Channel bertekad untuk memberikan perkhidmatan PERCUMA ini tanpa sebarang bayaran tersembunyi... dengan harapan .. Perkongsian ini mampu mempereratkan silaturrahim ... Berkongsi dan terus Berkongsi ...

Wallahua'lam ...

( Terima kasih yang tidak terhingga juga buat Rakan-Rakan Penampan ( Channel Moderator ) yang bukan beragama Islam dan bukan Melayu kerana sudi sama-sama berganding bahu bekerjasama demi sebuah komuniti yang berkesan dan bermanfaat. )

Post a Comment

0 Comments

Ulasan