Himpunan Koleksi Teka-Teki Melayu


Kenapa biri-biri putih lebih banyak makan daripada biri2 hitam?
- Kerana biri-biri putih lebih banyak di dunia.

Bulan berapa perempuan paling kurang sekali bercakap?
- Bulan Februrari, kerana ia bulan paling pendek.

Waktu bila jam anda berada pada pukul 13?
- Waktu untuk baiki jam.

Apa beza disini dan disana?
- Huruf 'i' dan 'a'.

Dia selalu datang, tetapi tidak pernah tiba?
- Esok (kerana apabila tiba, ia menjadi hari ini)

Kalau seseorang itu kemalangan jatuh ke dalam gaung, apa yang masih hidup?
- Cukai jalan.

Haiwan apa yang mempunyai tali persaudaraan?
- Itik beradik.

Dia hidup di udara, darat, dan air. Siapakah dia?
- Burung raja udang.

Mohon share kepada yang lain. www.kpttlus.blogspot.com

Bila turun lambat, tapi bila naik cepat. Apa dia?
- Hingus.

Mempunyai 8 kaki dan boleh terbang?
- 4 ekor burung.

Berapa kaki seekor kerbau?
- 8 (2 kiri, 2 kanan, 2 depan, 2 belakang).

Apakah persamaan antara gajah dan tiang elektrik?
- Kedua-dua tak boleh terbang.

Binatang apa paling dibenci anjing laut?
- Kucing laut.

Adakah ayam berkokok siang-siang?
- Tidak, kerana ayam berkokok (kok kerek kok).

Barang apa yang lebih berguna apabila pecah?
- Telur.

Ayam apa yang bertelur di mana saja?
- Ayam betina.

Kalau bapak ayam bertelur di atas bumbung rumah, telurnya jatuh di mana?
- Ayam jantan tidak bertelur.

Kenapa anak babi jalan tunduk?
- Kerana malu ibunya seekor babi.

Kenapa anak kancil kalau jalan, melompat-lompat?
Mohon share kepada yang lain.. www.kpttlus.blogspot.com
- Kerana ibunya bukan seekor babi.

Kenapa superman pakai baju ada huruf 'S'?
- Kerana kalau pakai 'M' atau 'XL' nanti longgar.

Buka baju, pakai bedak, terjun kolam... Apakah ia?
- Pisang goreng.

Katak diterbalikkan jadi katak..kopi di terbalikkan jadi....?
- Tumpah la.

Sungai apa paling tajam?
- Dungai Lembing.

Dalam bebanyak orang.. orang apa tak kawin?
- Orang utan.

Ikan apa yg miskin?
- Ikan kering.

Orang apa boleh dibuat menggoreng?
- Orang minyak.

Kenapa sampai sekarang bigfoot masih tidak ditemui?
- Kerana bigfoot jalan ke depan tetapi tapak kaki menghala ke belakang.

Kenapa doktor bedah pakai topeng untuk tutup mulut dan hidung?
- Kalau dia tutup mata nanti tak nampak nak menjalankan pembedahan.

Jalan Ampang, bengkok di mana?
- Di Thailand.
Mohon share kepada yang lain., www.kpttlus.blogspot.com

Dia ada bulu, isi, dan batang, apakah ia?
- Jagung.

Bintang apa paling dekat dengan bumi?
- Bintang tiga.

Kenapa Superman tak kahwin dengan wonderwoman?
- Kerana bukan jodoh.

Tembak lantai kena hidung?
- Kentut.

Pohon apa paling banyak di hari lebaran?
- Pohon maaf zahir dan batin.

Besar, putih, bersayap, serta masin. Apakah itu?
- Kapal terbang jatuh dalam laut.

Buah apa yang tidak mempunyai otak?
- Semua buah.

Saya ada 5 biji epal, kamu minta 1, berapa yang tinggal?
- Tinggal 5 sebab saya tak kasi pada kamu.

Ada 7 ekor burung, 3 ekor ditembak, berapa yang lari?
- Tiada, sebab burung terbang.

Ada tak betik yang bahaya kalau di makan?
- Ada, kalau di makan di tengah-tengah jalan.

Bagaimanakah cara untuk melipat gandakan wang dengan cepat?
- Letak di depan cermin.

Antara lelaki dan perempuan, yang mana lebih banyak bercakap?
- Perempuan, sebab mereka ada dua mulut, sedangkan lelaki ada dua kepala.

Bagaimana ada seorang pemandu dapat memandu tanpa melanggar kucing di tengah jalan sedangkan lampu kereta ditutup dan hari hujan?
- Kerana dia memandu waktu tengahari.

Banyak-banyak kera, kera apa yang pandai menaip?
- Kerani.

Ali bin Abu, lembu bin apa?
- lembu binATANG.

Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan?
- Ikan betina - ikan duyung, ikan jantan - ikan bakar, mana ada pompuan nama BAKAR.

Kucing apa ada tiga kaki?
- Kucing cacat.

Lembu apa ada sembilan kaki?
- Lembu kat kaki lima.

Apa persamaan antara ikan jerung dan ikan paus?
- Kedua-duanya spesies ikan.

Nama apa ada kaitan dengan penyanyi dan usahawan?
- Ramli. (Penyanyi Ramli Sarip, Usahawan Ramli burger.

Kalau gunung didaki, daki?
- Disabun la.

Makanan apa yang paling cicak takut?
- Gula-gula getah.

Kenapa orang kata alien tu wujud?
- Sebab orang yang kata tu kawan dia.

Kata ganti nama diri apa yang digunakan dalam perubatan?
- Akupuntur.

Kenapa kucing tak boleh terbang?
- Ada ke kucing boleh terbang?

Binatang apa ada kaitan dengan buah?
- Cacing kerawit (kelapa sawit).

Mohon share kepada yang lain.,. www.kpttlus.blogspot.com

Dia mempunyai kaki tetapi tidak boleh berjalan?
- Kerusi dan meja.

Jika anda melemparkan batu kapur ke dalam Laut Merah, apa akan berlaku?
- Batu akan basah.

Apa dia, kucing ada tetapi binatang lain tidak ada?
- Anak kucing.

Bila dicuci saya hitam, bila kotor saya putih?
- Papan hitam.

Yang mana satu lebih berat, antara 1kg kapas dengan 1kg emas?
- Sama berat.

Kuih apa kita tak makan kat tengah?
- Donut.

Ada tiga orang gila, mereka tanya satu soalan, gunung apa orang tak boleh daki? Gunung apa?
- Kalau awak jawab, sah gila!

Perut bertemu perut, lepas dimasukkan keluar air. Apa dia?
- Mesin tebu.

Sebelum masuk ia keras, selepas masuk ia lembik dan melekit. Apa dia?
- Gula-gula getah.

Antara lelaki dan perempuan, yang mana lebih kuat?
- Perempuan. (Sebab perempuan bawa dua buah gunung, sedangkan lelaki hanya bawa dua biji telur)


Gas apa yang tidak terapung?
- Penyedut hampagas.

Mi apa warna hitam?
- Misai.

Kalau kita kehilanganya, kita sendiri tak boleh cari?
- Hilang akal.

Negara apa yang sentiasa perlukan makanan?
- Hungary (hungry=lapar)

Masukkan jari, keluarkan balik ada lendir dan melekit. Apa itu?
- Korek hidung.

Ular apa yang paling panjang?
- Ulasan.

Jauh di mata, dekat di hati?
- Usus.

Men apa yang berada kat atas?
- Mentol.

Gula apa yang tak manis?
- Sugar daddy.

Pemain sukan yang pentingkan masa?
- Felipe Massa.

Dia berdiri, tetapi dia kata dia sedang duduk. Siapakah dia?
- Dia penipu.

Ular apa yang boleh digunakan untuk memasak?
- Ular senduk.

Binatang apa paling pemalas?
- Singa, sebab dia malas cukur janggut.

Kuda apa, kita tak nampak dia, tetapi dia nampak kita.
- Kuda menyorok.

Hari apa makan orang?
- Harimau.

Kuda apa yang tiada kaki?

Mohon share kepada yang lain.:- www.kpttlus.blogspot.com

Mata apa yang tajam?

Ibu apa yang boleh dimakan?

Berjalan guna 2 kaki, berhenti sekejap guna 3 kaki, bila berhenti lama guna 4 kaki, siapakah dia?

Bunga apa yang boleh di makan?

JAWAPAN

- Kuda laut.
- Mata pedang.
- Ibu roti.
- Motosikal.
- Bunga telur.

Kuda apa yang tiada kaki?

Mata apa yang tajam?

Ibu apa yang boleh dimakan?

Berjalan guna 2 kaki, berhenti sekejap guna 3 kaki, bila berhenti lama guna 4 kaki, siapakah dia?

Bunga apa yang boleh di makan?

JAWAPAN

- Kuda laut.
- Mata pedang.
- Ibu roti.
- Motosikal.
- Bunga telur.

Bab berapa tiada dalam buku pelajaran?

Alat menyelam, tetapi ada kat internet. Apakah ia?

Gunung apa yang mempunyai tiga cabang?

Macamana nak buat duit dalam masa singkat?

Banyak-banyak kelapa, kelapa apa yang popular?

JAWAPAN

- Babi.
- Google.
- Gunung Daik.
- Ambil pen, kemudian lukis duit kat atas kertas.
- 'Kelapa dan orkid baik untuk rambut'

Bas apa yang tidak boleh di undur?

Scorpion kaler apa?

Banyak-banyal lap, lap apa yang tiada kat litar F1?

Ahli sukan yang kuat menonton televisyen?

Pisau dengan kertas yang mana lebih tajam?


JAWAPAN:
- Basikal.
- Kala jengking.
- Laptop.
- Tonton Susanto.
- Tentu la tajam pisau. Huhuhu...

Kenderaan apa yang paling menakutkan?

Jenama apa yang paling mahal?

Sukan apa yang paling jahat?

Bom apa yang anti pada api?

::Mohon share kepada yang lain:. www.kpttlus.blogspot.com

Sel apa yang berada kat luar badan?


JAWAPAN
- Lori hantu.
- Yamaha.
- Bad(jahat)minton=Badminton.
- Bomba.
- Seluar.

Selain dari tembok, pagar, dan tiang apa la yang boleh dibuat sempadan?

Air yang bukan dalam keadaan cecair?

Ubat ini biasanya berwarna hijau, tetapi tidak boleh dimakan. Ubat apakah itu?

Gunung apa yang selalu berbangga?

Hutan apa yang popular di internet?


JAWAPAN
- Benda baik. ("benda buruk dijadikan teladan, benda baik dijadikan sempadan").
- I (saya).
- Ubat nyamuk.
- Gunung Fuji (selalu kena puji).
- Amazon (amazon.com).

Semakin banyak cahaya ke arahnya, semakin sukar untuk melihatnya?
- Bayang-bayang.

Nyatakan gunung yang tertinggi di dunia sebelum Sir Edmund Hilary mendaki Gunung Everest?
- Gunung Everest.

Bandar apa tiada rumah, sungai tiada air, dan hutan tiada pokok?
- Peta.

Kalau semua orang jadi monyet, monyet jadi apa?
- Monyet jadi ramai.

Apa perbezaan antara gunung, tali, dan orang?
- gunung meletus, tali putus, orang mampus.

Kuih apa yang paling selamat?

Kereta apa yang dah sah kita tahu yang ia ada hon?

Bilakah masanya seseorang itu menutup aurat walaupun sebelum ini tidak?

Banyak-banyak nasi, nasi apa yang orang tidak makan dan jika diterima akan dibuang?

Banyak-banyak peralatan, peralatan apa yang selalu minta untuk ke Amerika?


JAWAPAN
- Kuih koci.
- Honda.
- Bila dikafankan.
- Nasihat.
- Senduk (send UK).

Jika seorang imam sedang solat, tiba-tiba datang seekor anjing lalu menjilat kakinya. Adakah solat imam itu sah?

Ada satu jambatan yang kukuh sekali, mula-mula datang seekor gajah tetapi jambatan itu tetap teguh, kemudian datang pula seekor semut dan jambatan itu roboh. Kenapa?

Jika diberi kertas ini anda tidak akan membakarnya?

Siapa yang boleh dirunding mengenai soal hati?

Kawasan paling banyak air?


JAWAPAN
- Sah. Kerana anjing itu menjilat kakinya, bukan kaki imam.
- Kerana jambatan itu hanya kukuh sekali sahaja.
- Duit kertas.
- Doktor la. Huhuhu...
Mohon share kepada yang lain. www.kpttlus.blogspot.com
( airbort ? )

- Airport.

Apabila ditarik, yang berada diatas gembira, tetapi yang berada di bawah merana. Apakah itu?

Kenapa ultraman ada kat Jepun?

Banyak-banyak jus, jus apa untuk kamu?

8 tolak 3 = ??

Kenderaan yang paling over di dunia?


JAWAPAN
- Memancing.
- Sebab raksasa banyak sangat kat Jepun.
- JUSt for you.
- 3 akan jatuh.
- Hoverkraf.

Kereta ini besar, tetapi kalu diberi percuma tiada siapa yang ingin naik. Kereta apa?

Gunung apa yang kematian suami?

Sungai apa paling banyak air?

Tie apa berbelang-belang?

Kerja apa yang wanita tak boleh join?

JAWAPAN
- Kereta mayat.
- Gunung Kina(balu).
- Sungai Missisipi (air = i).
- Tiger.
- Salesman la. Kalau wanita orang panggil Saleswoman.

Banyak-banyak binatang, binatang apa yang boleh digunakan untuk mencapai buah di atas pokok?

Bandar ini terletak di Malaysia, tetapi kepunyaan orang putih. Bandar apa itu?

Ikan ini ada masalah kulit?

Kawasan yang suka membandingkan dirinya dengan yang lain?

Banyak-banyak coklat, coklat apa tidak boleh dimakan?


JAWAPAN
- Udang galah.
- Georgetown (kat penang)
- Ikan Jelawat.
- Tasik Banding.
- Kumpulan Cokelat (dari Indonesia)

Pokok apa lebih tua daripada kita?

Selain binatang, apa lagi yang makan padi?

Tempat apa yang paling suka dikunjungi oleh duda?

Binatang yang suka vacation?

Kelab bola yang ada kaitan dengan tubuh badan?


JAWAPAN
- Pokok (KAK)TUS.
- Pagar. (harapkan pagar, pagar makan padi)
- Kampung Janda Baik.
- Ikan Kelah.
- LIVERPOOL (liver=hati)

Telor apa yang paling ganas?

Sukan apa yang paling memenatkan?

Yang membuat tidak memerlukanya, yang membeli tidak memakainya, dan yang memakai tidak memesanya. Apa itu?

Mohon share kepada yang lain;'. www.kpttlus.blogspot.com

Jika orang bisu boleh bercakap, apakah perkataan pertama yang akan dicakapkan?

Sebutkan perbezaan nasi ayam dan nasi lemak?


JAWAPAN
- Telor puyuh, pasal ada banyak tatu.
- Catur, kerana memerlukan kita mengangkat kuda.
- Batu Nisan.
- Test-test 1,2,3 .
- Kira-kira 50 sen.

Gajah terbang dengan apa?

Berkepala 3, berkaki 8, dan bemata enam. Siapakah itu?

Ada 8 ekor kambing di kali 2, jadi berapa?

Bagaimanakah caranya lembu naik kereta?

Bagaimanakah cara terpantas untuk gemuk?


JAWAPAN
- Terbang dengan susah payah.
- Koboi dan ayam naik kuda.
- Jadi 6 la. 2 lagi bermain di kali.
- Dua ekor di depan dan tiga ekor di belakang.
- Masuk dalam sarang lebah.

Antara orang tinggi, pendek, gemuk, dan kurus yang mana paling banyak berkata-kata?

Kenapa Cicakman tak boleh terbang?

Kampung apa yang paling banyak hantu di Malaysia?

Jem apa yang tidak boleh dimakan?

Binatang apa yang dipelihara manusia tanpa disedari, dan diberi makan?


JAWAPAN
- Pendek la. Pepatah melayu "pendek kata ..."
- Kerana dah takdir.
- Kampung Pisang. Banyak zombie.
- Traffic jem.
- Kutu.

Mummy apa yang paling menutup aurat?

Beruang apa yang selalu dipeluk oleh manusia?

Batu apa yang boleh jalan?

Sungai apa yang paling kaya?

Fesyen rambut apa yang berwarna hijau?


JAWAPAN
- The mummy (mumia).
- Teddy bear.
- The rock.
- Sungai wang.
- Fesyen rambutan.

Ikan apa nama seperti orang?
- Ikan bakar.

Burger apa yang paling happy?
- Bergembira.

Air apa paling berani?
- Air terjun.

Jin apa boleh menyanyi?
- Jinbara.

Kucing apa pandai menyanyi?
- Alleycats.

Mohon share kepada yang lain.,;'. www.kpttlus.blogspot.com

Kenapa seseorang itu membawa payung?

Kenapa seorang lelaki yang mempunyai tangan sebelah melintas jalan?

Binatang ini dianggap penipu. Semua orang tidak suka bermain kad atau poker dengannya. Binatang apa?

Apakah yang memberikan kamu kuasa untuk berjalan melalui dinding?

Kenapakah gula-gula getah melintasi jalan?


JAWAPAN
- Kerana payung tidak boleh berjalan.
- Kerana dia ingin ke kedai second-hand.
- Cheetah.
- Pintu.
- Kerana ia terlekat pada kaki ayam.

Negara ini mengalami banjir terlebih dahulu sebelum hujan.

Siapakah yang lemas kalau ke laut?

Hanya ada satu singh di dunia ini.

Kuda apa yang boleh terbang?

Kuda apa yang paling kecil?


JAWAPAN
- Bahrain.
- Karam singh.
- Juswant singh.
- Kuda yang naik kapal terbang.
- Pil kuda.

Negara apakah yang mana ejaannya huruf yang digandakan?

Kawasan manakah di Malaysia, dibangunkan dengan 2 alatan sahaja?

Di mana terdapatnya mentega paling bernilai?

Seni mempertahankan diri yang paling manis?

Kuda apa yang paling nipis?


JAWAPAN
- Uganda.
- Batu Pahat.
- Butterworth.
- Silat pulut.
- Kuda Kepang.

Beruk apa yang paling bijak?

Gunung apa yang paling kukuh?

Binatang apa yang paling seksi?

Siapakah ibu bapa kepada transformer?

Kereta apa yang susah dicari?


JAWAPAN
- James Brooke.
- Gunung Tahan.
- Zebra(pasal dia pakai bra)
- Transparent.
- Kereta yang hilang.

Apakah yang diperlukan oleh pokok untuk menjalankan proses fotosintesis?

Kuku apa yang paling popular?

Pelangi apa yang paling disukai ramai?

Ayam apa yang paling berat?

Binatang apa yang sertai olimpik?


JAWAPAN
- Foto + Sintesis
- Kukoo. Lagu Reshmonu.
- Pelangi petang.(lagu sudirman)
- Ayam TANdoori.(tan sukatan dia!)
- Kijang. (lompat kijang)

Teka Teki Raya

Kertas apakah yang paling popular pada hari raya?

Lagu raya apa yang ada mengandungi perkataan Bahasa Inggeris?

Selain duit raya, apakah lagi yang berleluasa setelah berakhirnya puasa?

Jenama ubat gigi yang ada kaitan degan raya?

Bunga apa yang berkembang mekar di malam raya?


JAWAPAN
- Kertas Angpau.
- Lagu Saloma 'Miskin Kaya memakai baju baru warna warni, mengunjungi sanak kaum FAMILI'
- Hantu raya.
- Ubat gigi Raiya.
- Bunga api.

Import apa yang penting?

Kera apa yang akan basi?

Ketika ianya lebat, ia tidak boleh dicukur. Apakah ia?

Apakah nama panggilan untuk lembu hitam?

Ianya tidak boleh dilihat, tetapi boleh ditimbang. Apakah ia?

JAWAPAN
- Important.
- Kerabu.
- Hujan lebat.
- Lembu Negro.
- Rasa(bertimbang rasa)

Benda apakah semasa pergi terbang, semasa balik berenang?

Manusia suka melombongnya, namun tidak mendatangkan keuntungan langsung. Apakah itu?

Penyakit apa yang selalu dihidapi oleh orang kaya?

Binatang apa yang mempunyai kereta?

Atas berbulu, bawah berbulu, kalau di bukak luas-luas merah, kalau disumbat berair. Apakah itu?


JAWAPAN
- Batu ladung(pada pancing).
- Tahi hidung.
- Kayap.
- Lembu(kereta lembu).
- Mata.

Kerja apakah yang paling meletihkan?

Ada 2 mayat di atas lantai, sekeliling mereka ada air dan kaca yang pecah. Bagaimana mereka mati?

Dari manakah asalnya kapur?

Anggota badan buaya yang berada di atas darat?


JAWAPAN
- Menoreh(no rest)
- Akuarium ikan pecah, 2 mayat itu adalah ikan.
- Ayam(ayam berak kapur)
Mohon share, kepada yang lain. www.kpttlus.blogspot.com

- Lidahnya(lidah buaya)

Kenapa Penggali Kubur Gali Kubur Tak Pakai Selipar??

 Masa dia hidup kita menyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan

4 orang awek cun berpayung dengan satu payung tapi nape tak basah langsung??

Jilat-jilat bila dah basah baru cucuk, jilat-jilat bila dah basah baru cucuk

Kangkang peluk, kangkag peluk, bila dah dekat climax pegang buah

JAWAPAN
-  Selipar mana boleh buat gali tanah, guna cangkul lar hue hue hue!!
- lilin masa sambut Happy Birthday.
- Sebab tak hujan aduhai! Dahlah malaslah nak tanya lagi soalan bebudak pun takleh nak jawab!!
- Masukkan benang dlm lubang jarum.
- Panjat pokok kelapa amek BUAH KELAPA.

Kalau kita campak batu ke dalam sungai, kenapa ia tenggelam?
- Sebab batu tak pandai berenang.

Lubang apa yang buat kita segar?
- Lu bangun.

Satu tubuh 2 nyawa. Siapa?
- Orang Hamil.

Macamana caranya walaupun tidak membawa payung, tetapi tidak ditimpa hujam. Padahal hujan di tengah jalan?
- Jalan je kat tepi.

Antara motor, kereta, dan kapal terbang, yang mana lebih tua?
- Motor, sebab ada tongkat.

Banyak-banyak tempat, di manakah air tidak pernah cerah?

Kenapa idung lembu berair?

Burung apakah yang paling penyayang?

Kalau seorang, sendiri tau. Kalau berdua, dua-dua sama tau. Bertiga, tiada siapa yang tau kecuali orang yang buat. Kalau berempat, lagilah tak tau... apa dia?

Apa dia: Bila kecik dia itam, bila besar dia jadik putih?


JAWAPAN
- Air hitam.
- Lembu tak tahu kesat idung dengan tisu. Lagi satu bau tuan dia.
- Burung belatuk. sebab dia bela atuk.
- Kentut.
- Micheal Jackson

Kenapa lelaki perlu beristeri tiga?

Kenapa burung kalau di terbang dan bawak makanan pakai mulut?

Apa perbezaan lampu stadium ngan lampu bilik?

Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais

Apa bahasa cinanya lantai basah??


JAWAPAN
- Kerana, kalau satu isONE, kalau dua pulak, isTWO, so, kalau tiga mestilah isTERI
- Kalau di pakai kepak, macamana dia nak terbang.
- Lampu stadium kalau ada 'game' dia pasang, tapi kalau lampu bilik ada 'game' dia padam
- Milo ais.
- li chin.

Sekolah apakah yang tiada guru, murid, mahupun kakitangan?

Binatang apa yang keluar haid?

Kalau kita terus mengisi ke dalam lubang ini, ianya tetap tidak akan penuh. Lubang apakah ini?

Semakin kita potong, ianya semakin tinggi?

Harimau apakah yang sangat popular di Malaysia dan selalu ditayangkan di kaca Televisyen?


JAWAPAN
- Sekolah cuti.
- Kura-kura. Kalau dia nak keluar dari cengkerang, ianya akan mengeluarkan kepala(head).
- Lubang jamban.
- Kaki seluar.
- Harimau Malaya.

Sekolah apakah yang tiada guru, murid, mahupun kakitangan?

Binatang apa yang keluar haid?

Kalau kita terus mengisi ke dalam lubang ini, ianya tetap tidak akan penuh. Lubang apakah ini?

Semakin kita potong, ianya semakin tinggi?

Harimau apakah yang sangat popular di Malaysia dan selalu ditayangkan di kaca Televisyen?


JAWAPAN
- Sekolah cuti.
- Kura-kura. Kalau dia nak keluar dari cengkerang, ianya akan mengeluarkan kepala(head).
- Lubang jamban.
- Kaki seluar.
- Harimau Malaya.

Pasukan bola manakah yang sukakan pedas?

Stadium manakah yang terkecil?

Mengapakah pengadil memberikan kad merah kepada pemain yang melakukan kesalahan yang berat?

Siapakah yang selalu mengejar bola, tetapi tidak pernah dapat?

Siapakah penyerang terbaik di dunia?


JAWAPAN
- Brazil. Samba a.k.a Sambal... Hahaha...
- Stadium mini la...
- Kalau bagi kad kredit itu bukan main bola namanya.
- Pengadil perlawanan.
- Semua penyerang jahat. Contohnya penyerang berani mati dan sama waktu dengannya. Melainkan dia mempunyai niat yang baik... ;-)

Syarikat apakah yang terbesar di dunia?

Air apakah yang tidak akan beku?

Perkataan apakah yang dieja salah di dalam kamus?

Apakah yang perlu dipecahkan terlebih dahulu sebelum boleh digunakan?

Kamu balingnya bila ingin digunakan, dan tariknya bila selesai digunakan?


JAWAPAN
- Amerika Syarikat
- Air panas
- Salah
- Telur
- Sauh

1. Pemain paling suka meludah di padang = Florent Malouda - France
2. Pemain paling suka makan lepat = Frank Lampard - England
3. Pemain yang menguruskan 3 pos ofis = Helder Postiga - Portugal
4. Pengurus pasukan yang suka berlari = Luis Philipe Scolari - Portugal
5. Pemain yang main bolasepak dan ping-pong = Razak Pimpong - Ghana
6. Pemain bolasepak yang juga kawan baik Batman = Robin ho - Brazil
7. Pemain bolasepak yang juga macam Batman = Mathias Kezman - Serbia Montenegro
8. Pemain yang tak pernah miss bayar bil = Adabayour - Togo
9. Pemain yang main bolasepak dan biola = Saviola - Argentina
10 .Pemain bolasepak yang paling manis = Maniche - Portugal
11 .Pemain yang selalu terluka di padang = Luca Toni - Italy

Kalau raja dan petani terjun bangunan, siapa yang mati?
- Petani, sebab kalau raja dipanggil mangkat. 

Haiwan apa yang matanya dikaki, tanganya dikaki, dan seluruh badanya di kaki? 
- Ayam kena pijak gajah. 

1 kadang-kadang, 2 jarang-jarang, 3 sikit-sikit, 4 banyak-banyak. Apa dia? 
- Nombor plat kereta. 

Ia boleh pecah tanpa disentuh? 
- Janji. 

Apakah warna telur burung merak? 
- Burung merak tidak bertelur.

Saya boleh tengok, tetapi awak tidak boleh?
- Belakang awak.

Mempunyai 6 kaki, tetapi berjalan dengan 4 kaki?
- Penunggang kuda.

Pokok di atas bukit, daun di dalam air. Apa dia?
- Teh.

Buah apa tidak boleh dilihat, mahupun dimakan?
- Buah fikiran.

Diberikan untuk kita, tetapi lebih banyak digunakan orang lain?
- Nama.


Bila dimasukkan jadi keras, bila keluar jadi lembik?
- Stokin.

Ikan apa banyak di atas jalan raya?
- Kelisa.

Datuk apa boleh terbang?
- Datuk burung.

Binatang apa selalu sakit perut?
- Ikan kembung.

Ia sebesar istana, tetapi lebih ringan daripada udara? Apakah ia?
- Bayang-bayang istana.

Saya berada di atas air, tetapi tidak boleh berenang, ataupun bergerak. Siapakah saya?
- Jambatan.

Ada 5 ekor burung di atas pokok, pemburu menembak mati 1. Berapa yang tinggal?
- Satu, sebab dah mati.

Dia adik-beradik lelaki kepada mak cik awak,, tetapi bukanya bapa saudara awak. Siapakah dia?
- Bapa awak.

Bom apa tidak meletup?
- Bomba.

Jam apa berwarna putih, dan kadang-kadang berbau?
- Jamban.



Mohon share kepada yang lain. www.kpttlus.blogspot.com

Post a Comment

0 Comments

Ulasan